Astro Shaw Keluarkan Kenyataan Media Berhubung Isu Bonus 'Hantu Kak Limah'


Berikutan pelakon Hantu Kak Limah, Awie yang menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap bonus yang diterima pelakon dan kru filem tersebut, Astro Shaw dan Infinitus Gold tampil memberikan kenyataan rasmi berhubung dengan isu ini yang hangat diperkatakan. Kenyataan ini diharap akan menjernihkan semua persoalan yang berbangkit. 


Industri perfileman tempatan telah lama mendapat sokongan padu dari pelbagai pihak , antaranya studio produksi, pihak pawagam, barisan pelakon, kru, pelabur dan peminat. Sehingga awal November 2018, sebanyak 43 buah filem telah diterbitkan oleh pelbagai produksi di Malaysia, ada diantara filem yang mendapat pulangan (Gross Box-Office) GBO yang baik. 

Hantu Kak Limah (HKL) adalah salah satu filem yang telah melangkau jangkaan sekaligus berjaya mencipta fenomena tersendiri. Pihak kami amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan pada filem ini. 

Di dalam penerbitan filem, pihak penerbit perlu berdepan dengan pelbagai risiko sebelum sesebuah filem mendapat kutipan yang tinggi. Tambahan lagi, pembahagian keuntungan harus ditolak dengan 25% melalui cukai hiburan. Dari jumlah baki tersebut, ia harus dibahagikan dengan pihak pemamer sebanyak 40:60. Dengan jumlah 40% itu, penerbit akan menolak segala kos produksi, pemasaran dan pengedaran sebelum jumlah keuntungan dicapai. 

Kebiasaannya barisan pelakon dan kru telah ditetapkan jumlah bayaran dan tiada pemberian bonus seperti di dalam kontrak. Namun begitu, penerbit HKL berbesar hati memberi bonus buat barisan pelakon dan kru atas tanda penghargaan dan budi bicara.

Jadi, dengan kenyataan media ini, maka dapatlah menjernihkan keadaan dan menjelaskan kenapa bonus itu hanyalah sejumlah amaun yang ditetapkan sahaja. Apapun, Hantu Kak Limah masih lagi hangat ditayangkan di Astro First.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan