TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Astro Shaw Akhirnya Beri Maklum Balas Berkenaan Isu Boikot 'Polis Evo 2'


Menjelang minggu tayangan filem Polis Evo 2, kontroversi melanda apabila terbitnya isu boikot filem ini kerana tema filem ini yang dikatakan menghina Islam. Walaupun ramai yang masih menyokong filem ini kerana dikatakan mempunyai nilai positif yang tersendiri, tidak kurang juga yang memboikot filem ini secara membabi buta.


Astro Shaw akhirnya tampil dengan satu kenyataan berkaitan isu ini. Namun begitu, kenyataan yang diberikan bukanlah rasmi daripada pihak Astro Shaw. Laman Instagram rasmi Polis Evo 2, dan juga laman Facebook rasmi Polis Evo 2 meminjam status dari Instagram Nasruluddin Nasri untuk membidas kenyataan pemboikot.









Repost By @nasrulnuddinnasri Thanks You Support @polis_evo2 Lain macam ceritanya. Sebelum menjelang tayangan filem Polis Evo 2 di pawagam (pada 22/11/2018), tiba-tiba pulak ada satu kenyataan yang sedang dihebohkan mengenai filem ini yang dikatakan boikot kerana mencemarkan imej agama Islam. Jadi, kenapa semua perlu diboikotkan? Kenapa semua perlu dilantangkan suara sampai diboikot begitu saja? Maaf, saya tidak setuju dengan kenyataan yang tidak sebegini. Sebenarnya untuk makluman pengetahuan semua, dalam filem ini tiada kena mengena dengan unsur anti-pengganas Islam. Tiada istilah menghina siapa-siapa antara sunnah Nabi atau Rasul. Bukan sebab filem menggambarkan sahaja, tetapi ia hanya sekadar hiburan semata-mata. Janganlah kita kawal tunjuk luahkan perasaan. Setelah kita penat lelah ketika berkarya ada masa susah ataupun senang. Tidak semestinya sesebuah pengkarya seni adalah penghargaan yang diberi tanggungjawab sepenuhnya. Apa yang kita perlu adalah hasil karya kita. Lagipun bukan senang nak buat cerita ini sampai cedera atau masuk wad hospital dibuatnya. Saya percaya selera setiap orang pendapat terhadap filem dari satu masa ke satu masa yang lain. Adakala kita mahu sesuatu yang paling berat, adakalanya pula kita mahukan sesuatu yang boleh membuatkan kita berfikir tentang isi kandung cerita dan mesej yang cuba disampaikan oleh pembikin di dalam sesebuah filem. Apapun, jangan memboikot sesuka hati. Diharapkan semua harus menonton ke pawagam dan dinilai yang lebih bijak sendiri bukan untuk membunuh industri perfileman Malaysia. Biarlah orang yang dipedulikan untuk bersuara. Semoga filem Polis Evo 2 akan terus mencipta kejayaan. InsyaAllah. ❤ Don't forget to watch & support Zizan Razak's acting the film Polis Evo 2 will be released in cinemas on 22 November 2018. #PolisEvo2 #PE2 @astroshaw @zizanrazak869 @ralineshah #TheTeenTitans #NasrulnuddinNasriBiographySeries
A post shared by Instagram Rasmi Polis Evo 2 (@polis_evo2) on

Polis Evo 2 di pawagam 22 November 2018!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Raja Ilya Dedah Sebab Sebenar Dia Tolak Tawaran Berlakon Filem Marvel

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?

Marina Mahathir Anggap Filem 'Mahathir: The Journey' Memalukan Keluarga

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Drive (2019)

'No Time To Die' Jadi Filem Terakhir Daniel Craig Sebagai James Bond

Ulasan Filem: Dendam Pontianak (2019)

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton