Aamir Khan Pegang Watak Dewa Krishna Dalam Projek Terbarunya

Walaupun filem Thugs of Hindostan sedang ditayangkan di pawagam, Aamir Khan tidak mahu berehat. Dikhabarkan bahawa pelakon ini sudah bersedia dengan projek terbaru, Mahabharat. Mahabharat masih belum ada skrip. Dilaporkan bahawa sesi perbincangan sudah dimulakan dan projek ini sudah pun bermula.


Mahabharat ialah sebuah siri yang mana mempunyai tujuh episod. Aamir Khan akan lakonkan watak Lord Krishna. Sedikit mendukacitakan apabila Mahabharat ialah sebuah web series. Bollywood kini giat membikin content digital seperti negara lain. Dan pelakon besar juga turut terlibat untuk membikin content digital mereka tersendiri. 

Thugs of Hindostan mengutip Rs79 crore setakat ini. Namun, dilaporkan bahawa jumlah penonton yang ke pawagam semakin berkurang pada hari kedua dan seterusnya. Pada hari pertama, filem ini mengutip Rs 50.75 crore dan menurun pada hari kedua dengan kutipan sebanyak Rs28.25 crore sahaja.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan