3 Filem Yang Terkena Gelombang Boikot Pada Tahun 2018

Boikot filem bukanlah perkara yang luar biasa. Tak kira di dalam mana-mana negara pun, pertembungan budaya dan juga beberapa isu belakang tabir akan turut menyumbang kepada terjadinya boikot. Tahun 2018, filem Malaysia juga tidak terlepas daripada diboikot. Kami berikan 3 buah filem 2018 yang pernah diboikot oleh peminat filem Malaysia.


1. KL Special Force (tayangan 8 Mac 2018, kutipan: RM12, 216, 321.00)

Filem arahan Syafiq Yusof ini pernah mendapat gelombang boikotnya kerana dikatakan penerbitan filem ini didalangi oleh unsur penipuan. Damofa Production yang turut sama menerbitkan filem bersama Skop Production didedahkan sebagai sebuah penerbit yang menjalankan penipuan palsu.

Syafiq Yusof mendedahkan bahawa isu ini tidak benar dan Damofa ialah syarikat yang sah.

2. Blok 404 (tayangan 28 Jun 2018, kutipan: RM 220, 225.27)

Antara yang menjadi penyebab ianya diboikot ialah kerana kaitan penerbitnya dengan isu DBI yang sedang panas ketika itu. Dalam satu kenyataan, Dato Boy Iman tidak kisah tentang isu ini kerana padanya "seburuk buruk kontroversi ialah sebaik baik publisiti"

3. Polis Evo 2 (tayangan 22 November 2018, kutipan: tidak diketahui)

Isu boikot pertama membabitkan agama pada tahun ini. Berbeza daripada dua filem sebelum ini yang diboikot, rata rata peminat (bukan admin, ok) mempersoal tentang plot filem ini. Polis Evo 2 juga turut mendapat reaksi daripada ahli politik. Setakat ini, Astro Shaw tidak memberi sebarang respon terhadap isu ini.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan