Ulasan Filem: The Night Come For Us (2018)

Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Timo Tjahjanto
Pelakon | Joe Taslim, Iko Uwais, Sunny Pang

The Night Come For Us, sebuah lagi karya dari pengarah Headshot, Timo Tjahjanto yang memang juga dikenali sebagai pengarah yang gemarkan elemen brutal dalam filem arahannya. Filem lakonan Iko Uwais dan Joe Taslim ini kini sudah mula ditayangkan di Netflix!

First of all, apa yang spesel pasal filem ni? Satunya ialah Iko Uwais melakonkan watak antagonis buat pertamakalinya. Manakala hero untuk filem ini pula diperanankan oleh Joe Taslim yang sebelum ini tidak diberi peluang untuk menonjol.

Filem ini boleh dikatakan memaparkan kebolehan Joe Taslim sebagai tunggak utama filem yang boleh dikatakan mampu menenggelamkan Iko Uwais yang mana lebih hebat dan dikenali ramai.

The Night Come For Us mengisahkan bagaimana Ito (Joe Taslim) yang merupakan anggota Six Seas, cabang pasukan khas dari kumpulan dadah Triad. Ketika Six Seas diminta untuk membunuh seluruh kampung kerana seorang penduduknya mencuri dadah, Ito berpaling dan membunuh anggotanya sendiri untuk menyelamatkan budak kecil.

Ketua Triad lalu mengupah Arian (Iko Uwais), anggota Triad yang baru nak berjinak. Arian merupakan kawan lama kepada Ito. Dan ini menambahkan lagi konflik. Di saat rakan-rakan Ito membantu Ito dalam pelarian, Arian nampaknya berada di sisi berbeza.

Filem ini ibarat gabungan The Raid dengan gabungan gore ala ala Hostel. Terlalu banyak adegan yang kejam dan ganas yang membuatkan aksi dalam filem ini bukan sebuah filem yang layak ditonton oleh golongan tidak selayaknya. Ianya terlalu sadistik dan gila sehingga aku tak henti nak sebut eeeeghhh aaaghhh! Kejam gila.

Aksi dalam filem ini tidak bertemakan silat. Jadi jangan harap kau dapat tonton Iko Uwais bersilat. In fact, Iko Uwais hanya ada dua babak fight, dan selebihnya milik Joe Taslim yang lebih banyak.

Setiap babak aksi filem ni dipenuhi dengan brutaliti yang luar dari gambaran. Sesungguhnya ianya mampu buatkan penonton rasa orgasm gila sebab ianya tak pernah ada dalam sejarah filem aksi yang mempunyai aksi sekejam ini. Adegan fight dalam kereta polis, dan babak fight scene dalam rumah Shinta tu memang buat sesak nafas.

Adegan fight di dalam filem ini agak perlahan tapi panjang. Tidak seperti koreografi one to one fight dalam Headshot mahupun juga fight dalam filem The Raid arahan Gareth Evan. Ianya sengaja diperlahankan untuk memberi ruang kepada gore dan violence yang menjadi inti penting dalam setiap aksi. Malah, kita hanya dihidangkan dengan satu saja one to one fight, selebihnya lebih kepada satu lawan kumpulan/ duo.

Namun, aku rasa kurang enak bila kadangkala brutaliti yang dipaparkan agak keterlaluan dan luar logik. Scene macam tali perut terkeluar tapi masih boleh fight tu macam tak masuk akal, malah ada satu Scene tu, api kecil kena jaket je pun dah menggelupur macam kena bakar satu badan.

Setiap kekejaman seperti kepala kena kerat, kena tetak semuanya diberikan fokus yang jelas dan membuatkan kita tak selesa nak duduk. Tapi, itulah yang menjadikan The Night Come For Us ni lebih unik dari filem lain. Lihat sahaja adegan pertarungan Joe Taslim dan Iko Uwais yang memang panjang gila dan paling sadis!

Plot filem ni pada aku biasa je. Tak ada originaliti kerana idea nak selamat budak, penjahat berpaling tadah nak jadi baik, semuanya ini ialah bumbu rasa filem Hollywood yang digunakan sebagai jambatan kepada aksi filem ini yang lebih diutamakan.

Filem ini menggunakan bahasa Chinese, English dan juga Indonesia. Ianya satu gabungan yang cuba memartabatkan filem ini ke seluruh dunia. Ianya sesuatu yang sangat terbaik!

Aku puji bagaimana filem ni cuba untuk menggunakan elemen kesan khas dan slow motion yang membantu memberikan rasa luar biasa dan menjauhkannya daripada filem aksi Indonesia yang lain. Ianya menampakkan bahawa Timo Tjahjanto cuba untuk lari dari persepsi yang selalu membuatkan penonton membandingkan filemnya dengan filem Gareth Evan.

Muzik filem ini juga seakan tiada. Seperti tidak dipentingkan untuk memberi laluan kepada bunyi tikam hiris juga jeritan pelakon yang bakal dibunuh dan diseksa. Ianya satu perasaan yang membuatkan kita rimas tetapi berjaya memberikan rasa yang luar biasa pada babak yang diperlukan.

Apapun, Joe Taslim dari sudut aktingnya mampu membuatkan Iko Uwais tenggelam. Dia ialah show stealer yang berjaya memberi bukti bahawa dia mampu untuk menjadi hero. Iko Uwais kelihatan sedikit gagal untuk memberi emosi dan gaya lakonan, namun, dia masih menjadi pelakon aksi yang tiada tandingan.

Apapun, The Night Come For Us ialah sebuah filem Indonesia yang boleh dikatakan paling ngeri dan brutal dalam sejarah filem aksi yang diorang bikin. Penuh dengan darah, aksi yang boleh buat korang menjerit sebab tak sangka akan berlaku, dan juga elemen persahabatan yang boleh aku katakan cukup masak.

Filem berdurasi 2 jam ini sudah boleh ditonton di laman Netflix.

Catat Ulasan

0 Ulasan