Ulasan Filem: 22 July (2018)

Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Paul Greengrass
Pelakon  |Anders Danielsen Lie , Jon Øigarden, Jonas Strand Gravli 

Paul Greengrass hadir dengan sebuah filem terbarunya, 22 July. Filem ini boleh ditonton melalui Netflix mulai 10 Oktober 2018. Filem bercorak drama adaptasi kisah benar berkisar tentang kejadian tembakan di Pulau Utoya, Norway pada 22 Julai 2011.

Serangan oleh seorang anti kerajaan Anders Behring Breivik, pertamakalinya bermula di depan pejabat menteri Norway sebelum dihalakan ke Pulau Utoya. Serangan di Pulau Utoya yang berlaku lebih sejam mengorbankan 77 nyawa remaja yang sedang berkursus di situ.

Paul Greengrass ialah orang kedua yang membikin filem berkaitan tragedi ini. Pada Februari 2018, pembikin filem Norway, Eric Poppe membikin filem berkisar tragedi yang sama. Namun, kedua dua filem mempunyai gaya adaptasi berbeza.

Filem U-22 July, dari Norway menceritakan 76 minit sepanjang serangan di pulau Utoya dalam single take. Ianya ialah paparan penuh kejadian di pulau itu berdasarkan temubual dengan mangsa. Versi Paul Greengrass pula lebih menyeluruh dimana ianya meliputi saat sebelum kejadian, dan sehinggalah Anders dikenakan tindakan.

Paul Greengrass memulakan filem 22 July seperti mana dia memulakan filem United 93. Ianya memang mendebarkan. Dan setiap detik yang menghala kepada kejadian di Utoya memang menjadi debaran. Malangnya, rumusan kejadian yang berlaku dalam masa lebih sejam dirumuskan dalam masa 30 minit pertama filem sahaja.

Filem ini menghabiskan masanya dengan menunjukkan beberapa watak selepas kejadian tersebut. Kita melihat bagaimana Anders si pelaku, Lippestad si peguam yang terpaksa melakukan tugasnya membela Anders yang sememangnya diakui bersalah, dan mangsa Viljar yang menghadapi post trauma.

Walaupun filem ni tidak memaparkan aksi lasak dan cemas sepanjang masa seperti Captain Phillips dan United 93, Paul Greengrass berjaya membawakan filem ini dengan caranya yang baik. Setiap babak digambarkan seolah olah real dengan gaya kameranya yang shaky.

Kita dipaparkan dengan emosi dan juga melihat watak yang tersepit dalam filem itu. Paul Greengrass tidak juga lupa untuk memberikan persoalan tentang bagaimana tindakan itu memberikan kesan kepada pemikiran penduduk Norway dan juga pentadbiran kerajaan.

Lakonan Anders Danielsen Lee, pelakon dari Norway sememangnya terbaik. Kita dibawa mengekspolasi jiwa seorang pembunuh yang tenang dan tahu apa yang dia nak. Ianya agak menakutkan melihat bagaimana seorang manusia yang mempunyai impian melaksanakan apa yang dia nak dengan kejam.

Malah, watak Viljar lakonan Jonas Strand boleh dikatakan menjadi. Eksplorasi jiwa post trauma dirinya memang dilakonkan dengan baik.

Kebanyakan pelakon filem ni ialah pelakon dari Norway. Jadi sememangnya kita akan rasa lebih melihat aura realistik kerana kita tidak mengenali kebanyakan pelakon dalam filem ni. Hal ini menyebabkan doku drama ini menjadi lebih menjadi dan lebih emosional.

Bagi aku, aku lebih mengharapkan Paul Greengrass membawa kisah di Pulau Otoya dengan lebih banyak fokus kepada kejadian itu sendiri. Itu ialah antara point penting yang lebih menarik peminat. Malangnya, pilihan Paul Greengrass untuk membawa kisah yang lebih besar dan luas aku hormati.

Pada aku, filem ni berjaya mengembalikan sebuah tragedi yang sudah hampir luput diingatkan. Tragedi pembunuhan beramai ramai ini sememangnya membuatkan satu dunia kecoh seketika. Dan ianya pastinya mendatangkan trauma berpanjangan bagi yang menghadapinya.

Sebagai sebuah filem Netflix, Paul Greengrass berjaya memberikan sebuah filem yang berkualiti. Walaupun elemen cemas filem ni hanya di separuh masa pertama, drama filem ni boleh dikatakan berjaya ditangani dengan baik. Ya, kalau rasanya bajet lebih, sudah pasti filem ni akan lebih ganas dan cemas seperti filem filem adaptasi kisah benarnya yang kita lihat sebelum ini.

Namun, aku puas hati dengan 22 July. Ianya sebuah filem yang membawa kita menghayati dengan lebih luas tentang apa yang berlaku pada tarikh itu di Oslo. Sebuah filem yang aku sifatkan biasa sahaja, namun tidaklah buruk. Sedang sedang, boleh dilayan.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan