'Tujuh' Jadi Mangsa Guntingan LPF, Lebih 13 Babak Dipotong Dari Filem Asal


Tujuh ialah sebuah filem seram thriller terbaru yang diarahkan oleh Raja Mukhriz. Filem yang mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang diganggu roh jahat di sebuah rumah yang berlatarkan zaman retro itu bakal menemui penonton pada 8 November 2018.



Dengan adegan ngeri dan juga keberanian pengarah untuk menonjolkan kelainan, filem Tujuh tidak terlepas daripada menjadi mangsaguntingan Lembaga Penapisan Filem (LPF). Bercakap kepada BH Online, Raja Mukhriz mendedahkan bahawa 13 babak telah dipotong daripada filem berkenaan.
Kira-kira 13 babak dipotong, tetapi ia hanya membabitkan babak dari segi sudut rakaman kamera. Ia memberikan sedikit kesan dari segi kesinambungan, namun tidak langsung menjejaskan jalan cerita.
 

Filem Tujuh menampilkan barisan pelakon hebat seperti Johan As’ari, Pekin Ibrahim, Aeril Zafrel, Siti Saleha, Cristina Suzanne dan Marsha Milan.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan