'The SpongeBob Movie: It’s A Wonderful Sponge' Akan Kisahkan Asal Usul Bikini Bottom


Filem ketiga SpongeBob Squarepants akan berkisar tentang asal usul Bikini Bottom. Semenjak tahun 1999, selepas 11 tahun dan juga 246 episod, kita tidak pernah diperkenalkan dengan asal usul Bikini Bottom. Setakat ini, SpongeBob Squarepants sudah pun ada dua buah filem yang mana diterbitkan pada tahun 2004 dan juga 2015. 


Kisah filem ketiga SpongeBob Squarepants ini disahkan oleh Mireille Soria, presiden Paramount Animation ketika satu konference. Filem ini akan berkisahkan tentang bagaimana SpongeBob akhirnya bertemu para penghuni Bikini Bottom di sebuah kem musim panas di Camp Coral. 

Selain menjadi sebuah filem origin story, filem ketiga SpongeBob ini juga akan menjadi sebuah parodi kepada filem klasik, It's A Wonderful Life. Filem ini dikatakan akan mempunyai suasana dasar laut yang mana menggunakan sepenuhnya CGI dan juga gabungan babak rakaman sebenar seperti filem Sponge Out of Water.

The SpongeBob Movie: It's A Wonderful Sponge dijangka tayangannya pada 17 Julai 2020. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan