Teori Peminat Dedahkan Nick Fury Sebenarnya Tahu Perkara Yang Avengers Lain Tak Tahu


Terlalu banyak misteri yang tersimpan dalam dunia Marvel Cinematic Universe, namun ada satu teori yang menyatakan bahawa Nick Fury sebenarnya tahu lebih dari apa yang sebenarnya para Avengers dan hero lain tahu.


Setakat ini, Nick Fury dan pasukan S.H.I.E.L.D sudah bersembunyi selepas tragedi dalam filem The Winter Soldier. Dan dalam persembunyian itu, Thanos akhirnya berjaya menghapuskan separuh dari alam semesta sepertimana yang dipaparkan di dalam filem Avengers: Infinity War.

Sepertimana yang kita tahu, Nick Fury dan Maria Hill akan kembali dalam filem Spider-man: Far From Home. Dan ada sebuah teori dari laman Reddit yang mendedahkan bahawa Nick Fury sebenarnya tahu bagaimana untuk berhadapan dengan Thanos.


Jadi, adakah sebenarnya Marvel Studios sudah merancang plot ini secara terperinci tanpa memberi ruang kepada para pengarah dan juga penulis skrip untuk bebas menulis plot mereka tersendiri? Atau mungkinkah sebenarnya setiap filem Marvel Cinematic Universe sudah dirancang dengan teliti dari awal permulaan semenjak filem Iron Man?

Avengers 4 di pawagam 2019.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan