TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Proses Produksi Filem 'Guardians of the Galaxy 3' Ditangguhkan Sehingga 2021


Marvel Studios dilaporkan menangguhkan proses produksi untuk filem Guardians of the Galaxy Vol 3 sehingga tahun 2021. Hal ini berikutan pemecatan pengarah filem tersebut, James Gunn. Semestinya, pengarah itu tidak akan kembali mengarah. Namun, skrip tulisan pengarah itu masih akan diguna pakai.



Sebelum ini, dilaporkan bahawa filem ketiga dalam francais Guardians of the Galaxy ini akan memulakan proses penggambaran pada Februari 2019. Namun, nampaknya projek ini ditangguhkan untuk jangka masa yang sama dan berkemungkinan tidak akan dilancarkan sebagai sebahagian daripada filem MCU dalam Phase 4.

Perkara ini dilaporkan oleh Production Weekly yang mana turut mendedahkan bahawa filem Guardians of the Galaxy Vol 3 yang menggunakan nama samaran Hot Christmas berada dalam filem yang akan memulakan penggambaran pada Februari 2021. Namun begitu, ianya masih belum disahkan oleh pihak Marvel Studio sendiri.

Jika inilah perancangan terbaru Marvel Studios untuk filem ini, maka ianya menunjukkan bahawa sukarnya untuk mencari pengarah yang mampu untuk menggantikan James Gunn. Jika filem ini memulakan penggambaran pada tahun 2021, maka berkemungkinan filem ini akan ditayangkan pada tahun 2022.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Filem 'Dolittle' Dijangka Bakal Gagal Teruk Di Pawagam

Telan Belanja RM20 Juta, 'Bakara' Pertaruh Kisah Benar Tragedi Black Hawk Down

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Reboot? Remake? Sekuel? Prekuel? Spin- Off? Cross-Over? Apa Tu?

Ulasan Filem: Ejen Ali The Movie (2019)

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Ulasan Filem: The Irishman (2020)

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Will Smith Dan Martin Lawrence Bakal Kembali Dalam 'Bad Boys 4'

Ulasan Filem: Geran (2019)