Pengarah 'Venom' Gagal Jelaskan Plothole Filem Yang Menjadi Persoalan Peminat


Pengarah filem Venom, Ruben Fleischer akhirnya mengalah dan mengakui bahawa plothole terhadap satu watak dalam filem Venom ialah kesilapannya dan sukar untuk dihuraikan dengan sebab yang nyata dan jelas. Venom sudah pun mula ditayangkan di pawagam pada awal Oktober dan menjadi antara filem Sony yang mendapat pelbagai reaksi.


Dalam satu temubual bersama Gamespot, Ruben Fleischer diminta untuk menjelaskan sebuah plothole filem tersebut berkenaan perjalanan watak Riot. Di dalam filem Venom, Riot terhempas di Malaysia dan berpindah randah dari jasad ke jasad. Kita kemudiannya melihat Riot berada di Malaysia selama 6 bulan sebelum ianya tiba di San Francisco.

Jadi, persoalan di sini, dalam masa 6 bulan itu, apa yang terjadi kepada Riot? Apa yang dia buat di Malaysia? Dan kenapa selepas bertukar jasad kepada orang tua di Malaysia, dia tidak bertukar jasad selepas 6 bulan?
Our idea was that Riot was using up the life force of whoever he took, and then he jumped ship when he’d consumed them and then find a new host to carry him further on his journey
Ketika ditanya tentang logik babak tersebut, dia menjawab,
Yeah, that’s a good question. That’s one of our few — hopefully few — logic bumps. But we had to have a passage of time in order to show Eddie’s downfall, and that was the one thing that doesn’t entirely track. But I like to think that old lady was going around murdering all throughout Malaysia, and she was just having a good old time just shooting shards through different people in Malaysia.
Gamespot cuba untuk memancing jawapan dari Fleischer dengan memberi andaian kemungkinan Riot sedang berhibernasi dan menyembunyikan diri. Pengarah venom hanya menjawab,
Yeah, I mean, who’s to know?
Bukankah sepatutnya tugas pengarah ialah mencari penjelasan dan bukannya cuba berdalih? Apapun, Venom sudah berada di pawagam. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan