Penerbit Sahkan The Ancient One Akan Muncul Dalam Filem 'Avengers 4'


Penerbit eksekutif Avengers 4, Michael Grillo mengesahkan bahawa Tilda Swinton akan kembali melakonkan wataknya sebagai The Ancient One dalam filem tersebut. Walaupun wataknya sudah mati dalam filem Doctor Strange, ini membuktikan bahawa akan ada elemen rentas masa yang akan digunakan dalam filem Avengers 4.



Avengers 4 mungkin antara filem yang paling misteri kerana kerahsiaannya amat tinggi sehinggakan penonton sendiri tidak tahu apakah tajuk untuk filem berkenaaan. Namun begitu, ada juga beberapa kebocoran maklumat yang mendedahkan pelbagai teori termasuklah kemunculan semula watak seperti Crossbone dan juga The Ancient One.

Kemunculan The Ancient One di dalam filem Avengers 4 sudah disahkan keika penerbit eksekutif Avengers 4 bercakap di The Austin Film Festival. Perbincangan berkaitan filem Avengers 4 itu bermula dengan perbincangan bagaimana sebuah filem yang menggabungkan pelakon gred A dalam kuantiti ramai mampu dihasilkan. Ianya berakhir dengan satu insiden tak diduga apabila Michael Grillo tidak sengaja mendedahkan tentang Tilda Swinston yang terlibat juga dalam filem berkenaan. 

Jika The Ancient One ada, ini bermakna karakter yang mana melakukan rentas masa akan turut ke Kamar Taj untuk bertemu the Ancient One sebelum kematiannya. Dan adakah ini boleh menyebabkan Thanos tumpas? Semuanya akan terjawab dalam Avengers 4.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan