Pelakon 'Pitch Perfect' Beri Hint Untuk Filem Keempat?

Buat masa ini, tiada lagi pengumuman untuk sekuel filem Pitch Perfect terbaru. Namun, satu gambar di laman Twitter mendedahkan bahawa berkemungkinan sekuel terbaru bakal dibikin. Setakat ini, francais Pitch Perfect sudah ada tiga filem sejak bermula pada 2012. Filem ini dibintangi AnnaKendrick, Anna Camp dan Britany Snow mengisahkan tentang pasukan acappella, Barden Bellas. 

Selepas tiga filem, nampaknya berkemungkinan adanya sekuel keempat yang bakal dibikin. Pada sebuah pesta untuk pelakon Anna Camp dan suaminya,Skylar Astin yang mana bertemu dan berkahwin selepas filem Pitch Perfect pertama, Rebel Wilson berkongsi gambar mereka bersama Anna Camp, Brittany Snow dan Chrissie Fit.


Walaupun gambar ini mungkin menunjukkan satu hint yang samar, filem ketiga Pitch Perfect yang mana mendapat kutipan yang agak rendah memberikan satu ruang untuk penerbit memikirkan beberapa kali untuk menerbitkan filem keempat. Lagipun, filem ketiga dikatakan sebagai sebuah filem penutup yang sempurna.

Apapun, gambar tidak menjelaskan apa-apa selagi studio belum mengumumkan filem terbaru ini. 

Catat Ulasan

0 Ulasan