Pasangan Warren Akan Buat Kemunculan Dalam 'Annabelle 3'

Watak utama dari filem The Conjuring lakonan Vera Farmiga dan Patrick Wilson akan kembali memainkan watak mereka sebagai Lorraine dan Ed Warren dalam filem spin-off, Annabelle 3. Sebelum ini, watak Lorraine dan Ed Warren pernah muncul dalam dua filem The Conjuring sebelum beberapa siri filem spin off daripada francais itu berkembang.


Annabelle 3 akan bermula setelah Lorraine dan Ed Warren mengambil patung Annabelle itu dan menyimpannya di muzim kecil mereka. Tanpa disedari, Annabelle mempunyai kuasa untuk menghidupkan pameran artifak di muzium tersebut dan mengganggu anak mereka, Judy.

Perkara ini disahkan oleh Deadline yang mana turut memberitahu bahawa penggambaran filem ini akan bermula dalam minggu ini bagi membolehkan filem ini ditayangkan pada musim panas 2019. James Wan juga telah mengesahkan hal tersebut di laman Twitternya.

Namun begitu, watak Lorraine dan Ed Warren hanyalah watak sokongan sahaja bagi melengkapi spin-off ini. Mereka akan menjadi watak utama semula dalam The Conjuring 3 yang akan memulakan penggambaran dalam sekitar tahun hadapan di bawah arahan Michael Chaves. Untuk Annabelle 3, Judy akan menjadi fokus di samping seorang watak pengasuh.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan