James Wan Undur Diri Untuk Arah Sekuel Ketiga 'The Conjuring'


James Wan menyerahkan kerusi pengarah filem The Conjuring 3 kepada orang baru. Namun, jangan risau kerana James Wan masih lagi bertindak sebagai penerbit filem seram berkenaan. The Conjuring yang mula dilancarkan pada tahun 2013 menjadi sebuah francais seram yang sukses sehingga membentuk sebuah universenya yang tersendiri.


The Hollywood Reporter melaporkan bahawa James Wanakan menyerahkan kerusi pengarah filem inikepada Michael Chaves. Michael Chaves ialah pengarah baru yang akan muncul dengan filem arahannya yang pertama, The Curse of La Llonora yang juga diterbitkan oleh James Wan.

Pengarah muda itu menarik perhatian James Wan selepas mengarah filem pendek bertajuk The Maiden. Melalui filem itulah, dia akhirnya diberi peluang mengarahkan The Curse of La Llonora yang bakal ditayangkan pada April 2019. James Wan dilihat memberi harapan penuh kepada pengarah baru itu untuk menangani universe The Conjuring yang semakin membesar.

Antara sebab James Wan undur diri ialah kerana kesibukannya sendiri. Dia kini sibuk dengan Aquaman dan juga terlibat dengan siri adaptasi Swamp Thing dari DC. Malah,dia juga terlibat dalam remake filem Aracnophobia, Mortal Combat dan The Tommyknockers.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan