Huraian Babak 'Post-Credit' Filem Venom [SPOILER ALERT'

Babak post kredit filem Venom memberikan ruang kepada pengenalan watak yang dinantikan oleh para peminat filem Venom. Adaptasi arahan Ruben Fleishcher ini mempunyai dua post kredit yang mana melanggar tradisi post kredit yang selama ini kita biasa lihat. Nampaknya, Sony juga mahu mengikut gaya MCU yang mempromosikan filem seterusnya dalam post kredit.


Kedua dua post kredit filem Venom berbaloi untuk ditunggu dan ditonton. Ambil tahu bahawa perenggan selepas ini mempunyai SPOILER MAJOR yang mana akan mengganggu korang yang masih belum tonton. Jadi, berhenti membaca jika masih belum tonton Venom.

-

-

-

-

-

-

-

-

-

MID-CREDIT: KEMUNCULAN CLETUS KASADY


Mid-credit scene filem Venom menunjukkan babak dimana Eddie Brook pergi ke San Quentin Prison untuk menemubual seorang penjenayah yang bernama Cletus Kasady. Cletus Kasady diletakkan di dalam sel yang mana mempunyai kawalan ketat. Watak Cletus Kasady yang dilakonkan Woody Harrelson mempunyai rambut berwarna merah.

Ketika Eddie Brook masuk ke dalam sel Cletus Kasady, penjenayah itu sedang mengukir nama menggunakan darahnya sendiri. Ianya perangai yang mana merujuk kepada tingkah lakunya di dalam komik. Babak mid-credit ini berakhir dengan Cletus Kasady berjanji apabila dia keluar daripada penjara, dia akan jadi Carnage!

CLETUS KASADY IALAH CARNAGE


Dalam versi komik, Cletus Kasady ialah rakan satu sel Eddie Brook ketika dia dipenjara. Kedua-duanya tidaklah rapat mana, namun mereka tidaklah bergaduh atau bermusuhan. Namun, sebelum Eddie Brook melepaskan diri daripada penjara bersama Venom, Venom melahirkan Symbiote baru yang mana meresap ke dalam tubuh Cletus Kasady. 

Adalah biasa apabila Venom mampu melahirkan Symbiote baru kerana Venom tidak ada jantina khusus. Disebabkan Symbiote baru itu dilahirkan di dunia asing, yakni bumi, beberapa genetik Symbiote sudah berubah apabila ianya menghuni badan Cletus Kasady dan menjadi Carnage. Dengan Carnage di dalam badan Cletus Kasady, Symbiote jahat ini berjaya melarikan diri dari penjara dan menghuru harakan dunia. 

Hal ini sekaligus menarik perhatian Spider-man. Kalu ikutkan komik, Spider-man akan merekrut Venom untuk membantu memburu Carnage. Namun, kerjasama Spider-man dan Venom bukanlah semudah yang disangka. 

Semestinya, Carnage lebih gila daripada Venom. Carnage juga lebih hebat kuasanya daripada watak Riot dalam filem Venom. Dalam komik, Spider-man dan Venom berjaya menumpaskan Carnage. Dalam filem Venom, Spider-man tidak ada untuk membantu kerana watak itu tidak wujud dalam dunia Venom. Maka, sudah pasti, pertempuran Venom dan Carnage akan menjadi lebih sengit. 

CARNAGE ANTAGONIS VENOM 2?

Mid-credit filem Venom sengaja dibuat untuk membentuk sekuel filem Venom yang bakal menampilkan Carnage sebagai watak antagonis. Ianya juga menjanjikan penjelasan mudah bagaimana Carnage akan berkait dengan watak Cletus Kasady. 

Dalam filem Venom, ada empat Symbiote yang dibawa balik oleh Life Foundation, namun di akhir filem, hanya ada satu sahaja yang terselamat iaitu Venom. Jadi, semestinya, Carnage akan terbentuk daripada Venom seperti apa yang ditulis dalam komik. 

Disebabkan Eddie Brook pergi ke San Quentin Prison untuk menemubual Cletus Kasady dengan Venom yang berada di dalam badanya, adalah tidak mustahil jika Venom melahirkan Carnage ketika temubual itu berlaku dan Carnage lalu menghuni badan Cletus Kasady. Malah, sebelum tiba ke penjara itu, Eddie Brook sendiri mengarahkan Venom supaya diam sekaligus menyebabkan Eddie Brook tidak tahu tentang kelahiran Venom baru semasa dia di penjara itu. 

POST-CREDIT: PENGENALAN KEPADA SPIDER-VERSE 


Babak post-kredit yang berada di akhir filem pula lebih kepada promosi kepada filem terbaru Sony, Spider-man: Into the Spider-verse. Babak ini bermula dengan perkataan 'Meanwhile, in another universe...' sebelum kita melihat dunia animasi Spider-man. Kita diperkenalkan dengan Miles Morales, Spider-man muda yang melawat kubur Peter Barker yang mana sudah mati dalam universe itu.

Ketika itu, Miles dikejutkan dengan kemunculan seorang pagi Peter Parker dari universe lain. Terkejut punya pasal, Miles telah buatkan Peter Parker pengsan. Sebelum dia dapat fikirkan apa yang terjadi, ada beberapa kereta polis yang datang mengejar. Jadi, Miles panik dan membawa jasad Peter Parker bersamanya.

Si polis yang melihat Miles membawa jasad Peter Parker menyangkakan Miles mencuri mayat. Dan adegan kejar mengejar pun berlaku. Miles menggunakan spider-web di tangan Peter Parker untuk bergayut sehinggalah mereka akhirnya jatuh di atas jalan. Kemudian, perkataan 'to be continued' ditunjukkan. 

Ini ialah post-kredit paling rare apabila Sony menggunakan Venom untuk mempromosikan filem Spider-man yang luar daripada universe Venom dalam filem ini. Spider-man: Into the Spider-verse akan ditayangkan pada Disember. Ianya mengisahkan bagaimana Miles Morales si Spider-Man muda yang mendapati bahawa bukan hanya dia sahaja Spider-man yang ada. 

Filem animasi Spider-man: Into the Spider-verse akan memunculkan Peter Parker, Spider-Gwen, Spider-man Noir, Peni Parker, dan Spider-Ham (lelabah yang digigit babi radioaktif). Semua watak ini masuk ke dalam dunia Miles gara-gara Wilson Fisk ( penjahat Daredevil, juga dikenali sebagai Kingpin) yang membuka portal untuk memusnahkan Brooklyn.

Harus diketahui bahawa Spider-man: Into the Spider-verse tiada kaitan dengan dunia MCU Spider-man mahupun Venom. Tapi, ianya sebuah post kredit yang berbaloi untuk ditonton. 





LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan