Huraian Babak Kemuncak Filem 'The Night Come For Us' [SPOILER ALERT]



The Night Come For Us kini sudah boleh ditonton di Netflix. Filem yang membariskan pelakon hebat Indonesia, Joe Taslim dan juga Iko Uwais ini boleh dikatakan antara filem yang paling brutal dalam sinema filem aksi. Ianya menampilkan plot yang biasa sahaja tetapi mempunyai aksi pertarungan yang penuh dengan darah.

Kami akan huraikan beberapa perkara berkenaan filem ini di dalam post ini. Ambil maklum bahawa perenggan selepas ini mempunyai MAJOR SPOILER yang membuatkan korang rasa kurang selesa jika membaca sebelum menontonnya.

-

-

-

-

-

-

-

-

HURAIAN FILEM THE NIGHT COME FOR US


South East Asian Triad mengawal hampir 80% aktiviti penyeludupan dan menguasai Segitiga Emas sebagai Hub utama. Selain dadah, mereka juga menjalankan aktiviti menjual senjata dan juga perdagangan manusia. Untuk memastikan operasi mereka aman, ketua Triad menubuhkan satu kumpulan elit yang dikenali sebagai The Six Seas. The Six Seas dianggotai enam lelaki atau wanita yang identiti mereka rahsia.

Selepas satu kumpulan The Six Seas membunuh seluruh penduduk sebuah kampung gara-gara beberapa orang penduduk kampung itu mencuri duit daripada Triad, Ito (Joe Taslim) yang merupakan ketua kepada The Six Seas ternampak seorang gadis kecil bernama Reina. Ketika Reina mahu dibunuh anak buahnya, Ito membunuh kesemua lima orang anak buahnya dan membawa pulang Reina ke rumah kekasihnya, Shinta (Shareefa Daanish).

Pembelotan Ito terhadap kumpulan The Six Seas akan membawa kepada kematiannya. Tidak ada ahli The Six Seas yang belot dan mampu untuk hidup kerana Triad akan mencari dan membunuhnya. Di rumah Shina, Ito meminta pertolongan rakannya, Fatih. Fatih pula memanggil Wisnu, sepupu Fatih dan juga Bobby, seorang penagih dadah yang juga merupakan sahabatnya.



Fatih memberi amaran bahawa Ito kini sudah ada banyak musuh. Ketika melihat kru The Six Seas lamanya yang juga pernah dianggotai Arian (Iko Uwais).

Arian ketika semua kekecohan ini terjadi berada di Macau atas arahan Triad. Chien Wu (Sunny Pang) memberitahu Arian bahawa Ito sudah berpaling tadah. Kini, Arian diminta untuk mencari Ito dan membunuhnya. Di sini, terjadilah konflik dimana Arian dan Ito yang saling mengenali satu sama lain kini bermusuhan.

Di akhir filem, Arian dan Ito bersemuka. Kita tahu bahawa Arian sebenarnya menyalahkan Ito yang menjadi sebab kenapa dia turut menyertai Triad. Pergaduhan antara Arian dan Ito terjadi. Pergaduhan yang mengerikan terjadi. Walaupun Arian menguasai pertarungan, akhirnya Ito berjaya menumpaskan Arian.

Namun, di saat Ito mampu untuk membunuh Arian, dia membiarkan Arian yang lemah. Arian mengambil kesempatan untuk menembak Ito namun sasarannya tersasar. Ito yang lemah berjaya keluar dari gudang dan berlalu pergi dan bertemu dengan Reina yang berada di luar gudang. Reina memberikan dua passport yang mana diberikan oleh seorang pembunuh upahan yang dikenali sebagai The Operator.

Arian memberikan dua passport itu kepada Reina dan menyuruh Reina melarikan diri. Reina lalu menaiki bot dan beredar dari situ. Sementara itu, Chien Wu pula membunuh Arian dengan kejam di dalam gudang. Selepas itu, Chien Wu dan kuncunya keluar dan mendapati Arian sudah bersedia di dalam kereta. Kuncu Triad lalu menghalang depan kereta Arian dan bersedia menembak.

Filem berakhir dengan babak Ito memandu kereta meluru ke arah kuncu Triad sambil ditembak bertalu-talu.

TEMA THE NIGHT COME FOR US

Walaupun filem ini dipenuhi aksi ganas dan juga kejam, The Night Come For Us mempunyai elemen bertemakan persahabatan yang cukup baik paparannya. Konfrontasi antara Ito dan juga Arian sebenarnya adalah tunggak utama dimana Arian menjadi antara manusia yang tersepit antara memilih sahabat ataupun cita-cita.

Di awal filem, kita dapati Arian sebenarnya ialah anggota yang sentiasa taat dengan Chien Wu, ketua Triadnya. Namun, dengan tugas untuk membunuh Ito yang merupakan rakannya, persahabatan menjadi antara perkara yang diperjudikan. Sepanjang filem, kita lihat bagaimana Ito cuba untuk bermain tarik tali dengan jiwanya sehingga akhirnya membawa kepada bala kepada dirinya sendiri.

Arian ialah gambaran watak bagaimana seorang manusia yang boleh dipergunakan dengan mudah hanya kerana dia tidak menyedari bahawa apa yang dia buat itu secara hakikatnya. Kita sendiri lihat, Ito sudah meminta Arian menjauhi Triad, namun, malangnya Arian memilih untuk mengikut jejaknya dan menjadi dirinya sepertimana yang dia jadi.

APA ITU THE SIX SEAS?


The Six Seas ialah enam lelaki dan perempuan yang memberikan taat setia di bawah Triad. Di dalam latar masa filem The Night Come For Us, Triad sudah mempunyai pegangan 80% urusan jual beli dadah dan juga senjata. Pasukan The Six Seas dipilih khas dan boleh dikatakan berbahaya. Cara mereka melakukan tugas sentiasa ganas dan tanpa belas kasihan.

Antara objektif tugas mereka ialah memberi pengajaran kepada siapa sahaja yang bersalah. Sebagai contoh, di dalam filem ini, seluruh kampung dibunuh kerana seorang dua sahaja yang mencuri duit Triad.



Menjadi seorang ahli The Six Seas bermakna perlu menumpahkan taat setia kepada Triad. Sehinggalah akhirnya, Arian, satu satunya manusia yang berpaling tadah dan akhirnya mendapat balasannya.

Selain itu, Six Seas dijaga oleh Alma dan juga Elena yang merupakan pasukan Lotus. Lotus dikenali dengan nama dan nombor. Alma dikenali sebagai Third Lotus manakala Elena pula ialah Fifth Lotus. Mereka bekerja terus di bawah arahan ketua Triad, Chien Wu yang menjaga jika Six Seas buat huru hara di luar jangkaan mereka.

SIAPA THE OPERATOR?


The Operator, yang dilakonkan oleh Julie Estelle ialah antara watak misteri yang berada dalam filem The Night Come For Us. Watak ini tidak mempunyai latar watak yang jelas. Dia mula muncul di parkir ketika serangan pertama dari pasukan Chien Wu yang mahu membunuh Ito di apartment sehinggalah akhirnya kisah Ito membuatkannya bertukar sisi dan membela Ito.

The Operator melakukan tugasnya sendirian. Dia memburu Ito kerana mendengar adanya ganjaran daripada Triad jika berjaya membunuh Ito. The Operator dan Ito tidak ada hubungan dan apa apa dendam. 

The Operator mewakili kekuatan Triad yangtidak seberapa. Kalau dilihat, The Operator lebih tangkas berbanding pasukan Triad yang memburu Ito. Dia mempunyai pelbagai senjata dan alat letupan dan mempunyai kemahiran bela diri yang lebih tinggi. Dia juga mengenali Alma dan Elena sekaligus membuktikan bahawa dia mengetahui sistem Triad dengan sempurna. 

Berkemungkinan The Operator adalah bekas anggota Triad, namun ini tidak dapat dibuktikan dengan jelas.

PENAMAT THE NIGHT FOR US DAN IMPLIKASINYA


Di akhir filem, kita melihat pengakhiran yang kelihatan sedikit tergantung. Namun, sebenarnya ialanya tidaklah tergantung sepi. Penjelasannya mudah. Berkemungkinan Ito menemui ajal dan usaha Triad akhirnya berjaya dalam usaha untuk membunuh anggota Triad yang belot. Buktinya, adegan akhir filem itu sebenarnya pengulangan kepada adegan kematian Fatih dalam gaya yang sama. So, Fatih mati dalam situasinya, dan mungkin Ito juga mengalami nasib yang sama.

Rieana berkemungkinan akan mempunyai nasib yang tidak diketahui. Kita tidak pasti sama ada Triad akan masih memburu Riena selepas objektif membunuh Ito selesai. Namun, secara teorinya, Chien Wu tidak memilih untuk terus mencari Riena kerana objektif Chien Wu yang sebenar hanyalah untuk membunuh Ito yang belot.

Chien Wu melihat bagaimana kisah silam Ito dan Arian boleh dipergunakan untuk mencari Ito dan menghuruharakan keadaan. Dalam erti mudahnya, Ito mahukan Ito dibunuh dan Riena sebenarnya hanyalah objektif Ito dan bukan Chien Wu.

Jika The Night Come For Us mempunyai sekuel, berkemungkinan filem ini akan mempunyai kisah yang baru dan Ito dan Arian sudah menjadi kisah yang harus ditinggalkan. Namun, jika The Night Come For Us mahu membina naratif dari kisah Ito, mereka masih ada watak Shinta yang boleh dikembangkan. Namun, bayangkan juga jika babak tembakan di akhir filem dihentikan oleh Chien Wu dan Chien Wu menangkap Ito yang cedera teruk. Maka, akan ada lagi naratif Ito. Arian pula mungkin sudah tiada cara untuk dibangkitkan semula. Apapun, buat masa ini, semua ini hanyalah sekadar teori.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan