Huraian Babak Kemuncak Filem 'Apostle' [SPOILER ALERT]

Babak kemuncak filem Apostle memang bukan untuk penonton yang suka pengakhiran yang mudah dihadam. Ianya memang dark dan mempunyai ideologi yang memerlukan kita melihat balik apa yang hendak disampaikan oleh Gareth Evan.


Di dalam Apostle, Thomas Richardson (Dan Stevens) pergi ke sebuah pulau untuk menyelamatkan adiknya yang ditahan di sana. Di pulau itu, penduduknya memencilkan diri dan mengamalkan ajaran agama yang memesong daripada ajaran Kristian sebenar. Masyarakat di pulau itu diketuai seorang nabi yang dikenali sebagai Malcolm (Michael Sheen).

Para penduduk di pulau itu pula menyanjung entiti misteri yang menghidupkan pulau itu. Namun, semenjak dua menjak, hasil tanaman dan pertanian di pulau itu kini sudah semakin menyusut. Thomas mula menyelongkar rahsia pulau itu dan lalu mempelajari tentang rahsia hitamnya.

Sementara itu, pasangan bercinta, Jeremy (Bill Milner) dan Ddion (Kristine Froseth) cuba untuk bebas dari pulau itu yang dicengkam oleh pengaruh ajaran sesat. Dan kesudahan mereka nampaknya berakhir dengan tragedi dan mencetuskan huru hara kepada pulau itu.

Kami huraikan mitologi pelik dalam filem ini, tentang tuhan pulau Erisden dan bagaimana filem ini berakhir. Ambil maklum bahawa artikel ini mempunyai MAJOR SPOILER. Jangan baca kalau belum tonton!

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

PENJELASAN TENTANG TUHAN PULAU ERISDEN 


Di dalam filem ini, Tuhan pulau Erisden hanya dikreditkan sebagai 'Her'. Tuhan ini dipaparkan mempunyai kulit yang pucat dan berjantina wanita yang sentiasa laparkan darah dan juga korban. Ketika ketua kepada ajaran sesat, Malcolm, Frank, dan Quinn tiba di kepulauan itu selepas lari daripada apa yang merek apercaya, Quinn menemukan lukisan gua yang menggambarkan bagaimana tuhan pulau itu melakukan tugasnya.

Lukisan dinding gua itu dilakarkan dengan perkataan Exodus, yang memberi rujukan kepada kisah dalam kitab Bible dimana nabi Moses (Musa, dalam ajaran Islam) membawa keluar pengikutnya daripada perhambaan ke sebuah pulau yang terpencil. Di dalam filem ini, tidak dipaparkan dengan jelas siapakah yang membuat lukisan ini, namun ini membuktikan bahawa penduduk Erisden bukanlah yang pertama menghuni pulau ini dan menyanjung Tuhan itu.

Kita difahamkan bahawa Tuhan ini perlu diberi korban supaya dia boleh menyuburkan tanaman di pulau itu. Tiga orang lelaki ini kemudiannya mengganggu kehidupan azali Tuhan ini dengan mengurung Tuhan ini dan juga memaksanya untuk makan. Malah, tiga orang ini juga melakukannya seperti sebuah mesin. Ibarat jika kita memberikan sesebuah mesin itu petrol, maka ianya akan bergerak selagi petrol tidak habis.

Disebabkan tindakan itu, tanaman di pulau itu mula tercemar. Malah, haiwan di pulau itu tidak mampu untuk membiak. Malcolm membuat andaian bahawa ada masalah dengan aktiviti korban yang dilaksanakan, lalu daripada sekadar mengorbankan darah haiwan, Malcolm mula memberikan darah manusia. Tetapi, Quinn yang tamak percaya bahawa mereka perlu mengorbankan manusia dan bukan hanya setakat memberinya darah dari toresan luka.

Tuhan Pulau Erisden mempunyai dua jelmaan: Satunya ialah dalam bentuk manusia yang dipenuhi dengan dahan yang bersambung dengan keseluruhan pulau.Satu lagi ialah dalam bentuk manusia yang sentiasa mengembara di pulau itu untuk mencari makanan, tetapi ianya lemah kerana jelmaan satu lagi dipenjara. 

Di awal filem, kita mendapati bahawa penduduk pulau Edersen sentiasa menoreh luka untuk memenuhi balang dengan darah lalu diletakkan di pintu bilik tidur sebagai persembahan kepada tuhan. Ketika Thomas tidak sengaja tertoreh tangannya ketika membuka pintu, kita dapati Tuhan pulau Edersen datang dari bawah lantai kayu dan menjilat titis darah itu. 


Tuhan yang ditangkap dan disembunyikan di dalam rumah kandang dijaga oleh seorang lelaki yang mengenakan balutan rotan di kepala yang dikenali sebagai Grinder. Thomas bertemu dengan jelmaan Tuhan yang kedua, yang boleh berjalan ketika dia bersembunyi di dalam longkang darah yang membawanya kepada lukisan dinding gua.

Pada awalnya, Thomas gagal memahami kenapa Tuhan Pulau Edersen membawanya ke situ, namun, akhirnya, Thomas faham petanda yang diberikan pada akhir filem.

MAKNA PENGAKHIRAN FILEM 'APOSTLE'


Sekarang, kita melihat kepada babak kemuncak filem Apostle. Selepas gagal membebaskan adiknya, Thomas mendapati dirinya terbangun di sebuah bangsal. Dia dapati bahawa Grinder, penjaga kepada Tuhan pulau Edersen telah mencangkuknya ke sebuah mesin yang mana bakal menjadikannya daging kisar untuk disembahkan kepada Tuhan.

Ketika satu saat, mesin kisar yang perlu diputar menggunakan tangan itu rosak, Thomas berjaya keluar dari mesin itu. Malangnya, jarinya berjaya dihancurkan mesin itu. Peluang itu digunakan untuk melepaskan diri selepas membunuh Grinder menggunakan mesin yang sama.

Thomas lalu mendekati Tuhan, yang kemudiannya tersenyum dan berkata dalam bahasa pelik, "How I've waited for you, my son". Dia lalu seperti dirasuk dan melutut di hadapan Tuhan itu dan dapat melihat visi dan permulaan kisah pulau itu sebelum semua ini berlaku. Si Tuhan lalu mengarahkan Thomas untuk membebaskannya.

Tanpa ragu-ragu, Thomas membalingkan tanglung dan kayu ranting di sekitar Tuhan mulai terbakar. Si Tuhan lalu terbakar dan api marak. Pengakhiran Tuhan itu kelihatan seperti apa yang digambarkan di dinding gua. Api merebak dengan pantas ke seluruh bahagian pulau yang bersambung dengan dahan pokok yang datang dari akar yang sama. Sementara itu, Tuhan dalam rupa bentuk yang satu lagi membunuh kesemua pengawal Malcom dengan menikamnya di dahan pokok.

Sementara itu, Quinn berjaya menangkap adik Thomas, Jennifer dan juga anak Malcom, Andrea dan disembunyikan di bahagian tersembunyi gereja. Dia mendedahkan pelannya yang jijik, iaitu menyimpan mereka sebagai hamba seks, dan kemudiannya anak yang dilahirkan daripada hubungan mereka akan menjadi persembahan kepada Tuhan bagi memulihkan pulau yang sudah mulai tandus.


Thomas berjaya sampai ke tempat persembunyian Andrea dan Jennifer dan mereka bergaduh. Dengan bantuan Jennifer dan Andrea, Quinn berjaya dibunuh dengan tikaman yang mengerikan di dada. Thomas malangnya berjaya dicederakan oleh Quinn dengan tikaman di perut sebelum dia mati.

Sementara itu, para pengikut Malcolm sudah mula meninggalkan pulau yang sudah mulai huru hara kerana kebakaran. Thomas, Jennifer dan Andrea ialah antara orang yang terakhir melarikan diri dari pulau itu. Namun, dek kerana pergaduhannya dengan Quinn tadi. Thomas lalu mengalah dan biarkan Andrea dan Jennifer melarikan diri.

Selepas ditinggalkan di cerun itu berseorangan, Thomas sudah mula mengalami pendarahan yang serius di bahagian abdomen. Malcolm, yang turut tercedera di bahu selepas ditembak Quinn mendekati Thomas. Bersama-sama, mereka berdua memerhatikan kapal yang membawa pengikut ajaran sesat itu meninggalkan pulau.

Thomas lalu melihat sesuatu yang pelik dan ajaib. Darah yang menitis dari lukanya menyuburkan tanah sekitar. Tumbuhan di sekelilingnya mulai tumbuh dari darahnya yang menitis. Dia lalu pandang ke wajah Malcolm dan menerima apa yang ditakdirkan untuknya.

Keadaan menjadi lebih pelik apabila Thomas membaringkan dirinya di atas tanah berumput. Lalu, akar-akar yang hidup di sekelilingnya menikam urat di badannya dan menyebabkan wajah Thomas berubah. Kita diperdengarkan sekali lagi dengan suara yang menyebut 'How I've waited for you, my son' dan kini, Thomas menjadi jasad baru untuk Tuhan pulau Edersen selepas jasad sebelum ini sudah dibakar.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan