Filem 'Venom 2' Masih Takkan Diklasifikasikan R-Rated Walaupun Ada Watak Carnage


Venom kini sudah ditayangkan di pawagam. Dan dengan filem ini yang membuka kepada watak Carnage yang bakal menjadi watak utama dalam sekuel yang dirancang, para penonton pastinya berharap filem kedua lebih kejam dari sebelumnya. Namun, dukacita dimaklumkan bahawa Sony Pictures masih mahu kekalkan klasifikasi filem sekuel itu seperti filem pertamanya.


Dalam satu temubual bersama Collider, penerbit Venom, Avi Arad dan Matt Tolmach mendedahkan bahawa Venom 2 masih akan kekal dengan klasifikasi PG 13 dan bukannya R walaupun watak Carnage ada di dalam filem ini.
You know what? When you hear Venom…forget Venom. When you hear, Carnage, the only thing you can think of is R. But, if you know his story, if you really know the comic, there’s no R here. He’s a tortured soul. It’s not about what he does, because we never have to show the knife going from here to there, and the blood is pouring. What you have to show is, what is the motivation? Was he born like that, or it’s someone we should feel for, because if you are succeeding to make a villain someone you can feel for, jackpot.
Carnage ialah nama symbiote yang mana melekat di tubuh seorang pembunuh bersiri bernama Cletus Kasady. Di dalam komik, Carnage menjadi musuh kepada Venom dan juga Spider-man. Ini ialah kemunculan pertama Carnage dalam filem dan ianya mengujakan para penonton. 

Walaupun mendapat kritikan hebat, Venom mendapat kutipan yang memberansangkan sekaligus memberikan ruang kepada sekuel untuk dibina. Namun, buast masa ini,Sony Pictures masih belum mengumumkan tentang sekuel ini. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan