Filem 'Tujuh' Diharamkan Tayangan Di Negara Brunei Kerana Adegan Tidak Bermoral

Filem terbaru arahan Raja Mukhriz diharamkan tayangannya di negara Brunei kerana dikatakan mengandungi adegan yang tidak bermoral. Perkara ini dilaporkan oleh Berita Harian Online yang mendedahkan bahawa filem itu tidak lulus untuk ditayangkan di Brunei.

Sebagai filem yang memaparkan budaya ‘Woodstock’ dan ‘Hippies’, sudah tentu ia turut mempunyai babak membabitkan minuman keras dan penyalahgunaan dadah. Atas alasan terbabit, filem ini tidak mendapat kelulusan untuk ditayangkan di sana. Apa pun, saya akur dan menghormati keputusan yang dibuat pihak berkenaan. 
Ketika ditanya sama ada mereka akan membuat rayuan terhadap lembaga penapisan filem negara berkenaan, dia menyerahkan semuanya kepada penerbit.
Tujuh ialah sebuah filem bergenre thriller seram yang menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Johan As’ari, Pekin Ibrahim, Aeril Zafrel, Siti Saleha, Cristina Suzanne dan Marsha Milan. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam mulai 8 November 2018


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan