Filem Kelima 'The Purge' Mungkin Jadi Filem Terakhir Francais Tersebut

The Purge nampaknya bakal menamatkan francais mereka dengan filem keempat. Filem yang bermula pada tahun 2013 itu menjadi antara filem yang membuka ruang untuk membentuk sebuah francais yang box office. Filem ini sudah ada dua sekuel, The Purge: Anarchy (2014) dan The Purge: Election Year (2016) dan sebuah sekuel, The First Purge (2018).


Bercakap kepada Entertainment Weekly, pengarah filem The Purge, James DeMonaco sudah menyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk menamatkan francais filem itu. Dan dia sudah ada cara bagaimana untuk menamatkan francais itu dengan cara yang menarik.

Selain siri filem, The Purge juga mempunyai siri tv yang mempunyai 8 episod. Namun, siri tv itu gagal mendapat sambutan jumlah penonton berkurangan dari minggu ke minggu.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan