Filem Adaptasi 'Call of Duty' Akan Jalani Penggambaran Tahun 2019



Perkhabaran gembira menanti peminat siri permainan video Call of Duty. Penggambaran filem berkenaan mungkin bakal bermula pada tahun 2019.Perkara ini disahkan oleh penulis lakonlayar filem adaptasi berkenaan, Kieran Fitzgerald kepada Discussing Film berkenaan projek berkenaan.


Projek adaptasi permainan video ini ialah projek terbaru dalam perancangan Activision Blizzard. Buat masa ini, pengarah bernama Stefano Sollima yang pernah membikin siri tv Itali bertajuk Gommorra dikhabarkan akan menjadi pengarah filem ini. Stefano Sollima juga ialah pengarah kepada sekuel filem Sicario, Soldado.

Jika maklumat dari Fitzgerald ini tepat, dan tiada perubahan dari segi perancangan, maka berkemungkinan filem ini akan memulakan penggambaran tahun depan seperti dirancang. Ini bermakna, studio penerbitan hanya ada beberapa bulan sahaja untuk meminda skrip, memilih lokasi penggambaran dan mencari pelakon. 

Dan berkemungkinan juga filem ini akan ditayangkan pada tahun 2020. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan