TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Brad Pitt Dan Rachel Weisz Akan Terlibat Dalam 'Kingsman 3'


Pengarah filem Kingsman, Matthew Vaughn dilaporkan sedang cuba untuk memasukkan pelakon Brad Pitt dan Rachel Weisz dalam prekuel filem Kingsman yang bertajuk Kingsman: The Great Game. Filem Kingsman ketiga ini bakal menjadi prekuel kepada Kingsman: The Secret Service yang mula ditayangkan pada tahun 2014. 


Kingsman kini sudah ada dua filem yang mana memberi fokus kepada wata Eggsy, Harry Hart dan juga beberapa watak yang boleh dikatakan menyerlah dan unik. Terdahulu, dilaporkan bahawa Kingsman akan turut mendapat siri tv sendiri yang akan membesarkan universe Kingsman dengan lebih luas. 

The Hollywood Reporter melaporkan bahawa Brad Pitt dan Rachel Weisz dicalonkan sebagai pelakon filem Kingsman: The Great Game kerana star power yang mereka ada. 

Kingsman: The Great Game dilaporkan akan berlatar belakangkan Perang Dunia Pertama dan akan menampilkan beberapa watak sebenar yang difiksyenkan untuk memberi ruang kepada pembentukan Kingsman pada era tersebut. Antara watak sebenar yang akan muncul dalam filem itu termasuklah Grigori Rasputin.

Buat masa ini, dilaporkan bahawa watak Brad Pitt berkemungkinan ialah sebagai Grigori Rasputin kerana perwatakannya yang sesuai. Rachel Weisz pula dilaporkan akan memegang watak Polly, ibu kepada hero filem ini yang bernama Conrad. 

Buat masa ini, pelakon masih belum lagi rasmi dan penggambaran akan bermula sekitar Januari 2019 jika tiada masalah.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

10 Fakta Tentang Filem Epik Shah Rukh Khan 'Asoka'

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Ulasan Filem: Geran (2019)

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Ulasan Filem: Between Two Ferns The Movie (2019)

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

Analisa Dan Huraian Penuh Filem 'Pulang' [SPOILER ALERT]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]