'Avengers 4' Akan Bermula 5 Tahun Selepas Kejadian Dalam 'Infinity War'




Buat masa ini, Marvel Studios menyembunyikan pelbagai maklumat tentang filem tersebut. Namun, ada satu khabar angin menyatakan bahawa filem Avengers 4 akan bermula beberapa tahun selepas kejadian dalam Infinity War. Jika ianya benar, pastinya ianya akan menjadi lebih menarik untuk melihat pasca Infinity War.

Perkara ini didedahkan oleh satu tweet oleh Daniel R, namun, kesahihannya masih belum jelas. 

Jika teori ini benar, maka ruang masa yang ada dari filem Infinity War dan Avengers 4 akan memberi ruang yang luas untuk Marvel Studios mencipta dunia baru bagi masa hadapan filem MCU. Mungkin juga jarak masa 5 tahun, seperti dalam teori menjawab penjelasan kenapa para Avengers nampak berbeza dari filem Infinity War seperti mana yang kita lihat dalam art yang bocor dahulu.

Buat masa ini, ini hanyalah andaian. Avengers 4, di pawagam 2019! 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan