Amitabh Bachchan Hampir Ajal Pada Tahun 1982 Ketika Penggambaran Filem 'Coolie'

Tiga dekad sudah berlalu dimana sebuah tragedi hampir menamatkan nyawa pelakon Amitabh Bachchan. Ya, pelakon itu hampir menemui ajalnya gara-gara sebuah stuntnya yang gagal dilaksanakan ketika dia terlibat dalam filem Coolie (1983).


Pada 26 Julai 1982, Amitabh Bachchan perlu melakukan satu aksi pergaduhan bersama pelakon Puneet Issar. Namun, kejadian yang tidak dijangka terjadi. Ketika penggambaran, Amitabh Bachchan melompat dan tersalah mendarat sehinggakan abdomennya tertikam bucu meja dan merosakkan organ perutnya.


Dia kehilangan darah yang banyak. Dan ketika itu, ramai yang menyangkakan pelakon ini sudah sampai ajalnya. Di hospital, beberapa pembedahan dilakukan terhadap pelakon itu. Malah, pelakon itu pernah diiktiraf sebagai sudah mati mengikut perubatan sebelum dia hidup semula menggunakan ventilator. Berminggu-minggu dia koma.

Ketika proses penyembuhan, pelakon ini diberikan 60 botol darah daripada 200 orang penderma. Malangnya, ketika ini, Amitabh Bachchan diuji apabila darah seorang pendermanya menyebabkanya dia dijangkiti Hepatitis B. Penyakit ini dikesan selepas 3 bulan dan sudah terlambat untuk mengesan darah siapakah yang menyebabkan jangkitan itu.


Takdir Tuhan, pelakon ini masih berjaya hidup sehingga sekarang. Namun, tak ramai yang tahu bahawa 75% daripada hatinya sudah rosak. Kini, dia hanya bertahan hidup dengan 25% hati yang masih lagi ada. Faktanya, seorang manusia mampu hidup jika hati anda rosak sehingga 88%.

Kejadian yang hampir meragut nyawa Amitabh Bachchan ini juga menyebabkan plot filem ini diubah. Pada awalnya, watak lakonan Amitabh Bachchan akan mati dalam filem Coolie. Namun, demi menghargai peminat yang mendoakannya, klimaks filem itu ditukar dengan memberi watak lakonan Amitabh Bachchan itu selamat.

Nah, kau share jap. Please!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan