Yusof Haslam Umum Filem 'Munafik 3' Bakal Terbit 2 Tahun Dari Sekarang

Munafik 2 kini masih lagi mengganas di pawagam. Filem itu kini sudah mencecah kutipan RM 27 juta dan bakal menandingi kutipan Hantu Kak Lima tak lama lagi. Filem Munafik  2 ialah sebuah filem seram islamik, namun ianya diminati dan ditonton oleh pelbagai bangsa dan agama. Ianya sesuatu yang amat positif.



Dalam sebuah video ucapan terima kasih kepada peminat filem tersebut di Singapura, ada pengumuman menarik:


Dato' Yusof Haslam selaku penerbit filem ini berterima kasih terhadap semua penonton yang telah menonton filem ini. Paling menarik, dalam sebuah video ucapan tersebut, Dato' Yusof Haslam turut mengumumkan bahawa Munafik 3 akan ditayangkan dalam masa 2 tahun lagi.

Jadi, adakah pada tahun 2021 kita akan dapat melihat sekuel ketiga filem ini? Untuk rekod, selang masa antara filem Munafik pertama dan Munafik 2 hanyalah 1 tahun. Diharap persediaan dan penggambaran yang memakan masa lebih lama ini turut memberikan jaminan kualiti yang lebih baik untuk filem tersebut.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan