Warner Bros Umumkan Pelakon Dan Kru Yang Terlibat Dalam Filem Asal Usul 'Joker'


Warner Bros Pictures secara rasminya mengumumkan secara rasmi pelakon dan juga kru untuk filem asal usul watak Joker yang dibintangi oleh Joaquin Phoenix. Filem asal usul Joker ini sudah dibangunkan dalam masa yang agak lama. Sedikit mengecewakan juga apabila mengetahui bahawa filem Joker ini tidak ada kaitan dengan DCEU yang sedang meningkat naik.


Dalam satu kenyataan akhbar, Warner Bros mengesahkan bahawa pelakon utama filem ini ialah Joaquin Phoenix sebagai Arthur Flex (nama sebenar watak Joker dalam filem ini) dan juga Robert De Niro. Filem ini juga akan turur dibintangi Zazie Beetz, Bill Camp, Frances Conroy, Brett Cullen, Glenn Fleshler, Douglas Hodge, Marc Maron, Josh Pais, dan Shea Whingham.

Tod Phillips akan menerbitkan filem ini bersama Bradley Cooper dibawah produksi Join Effort bersama dengan Emma Tilinger Koskoff.

Walaupun Warner Bros tidak mengsahkan karakter yang akan dilakonkan oleh pelakon yang disenaraikan, dilaporkan bahawa Brett Cullen pernah dikatakan akan memegang watak Thomas Wayne yang mana sebelum ini dicanang bakal dilakonkan Alec Baldwin.

Marc Maron pula akan memainkan watak penerbit rancangan talk show yang mana dihoskan oleh watak Robert Deniro. Zazie Beetz pula dikatakan akan memainkan watak ibu tunggal bernama Sophie Dumond yang mana mungkin berpotensi menjadi 'love interest' kepada watak Joker sebelum dia menjadi watak jahat kepada Batman seperti yang kita tahu.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan