Syamsul Yusof Dedah Nasib Ustaz Adam Di Akhir Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]


Munafik 2 kini sedang menjadi fenomena baru selepas hantu Kak Limah. Filem yang kini sudah mengutip RM5 juta lebih itu kini menjadi perhatian seluruh penggemar filem. Munafik 2 ialah sekuel kepada filem pertamanya yang diterbitkan pada tahun 2016. Kali ini, Ustaz Adam akan berhadapan dengan sekelompok ajaran sesat yang diketuai Abuja. 


Belum sampai 2 minggu filem Munafik 2 di pawagam, Syamsul Yusof sudah mendedahkan yang Munafik 3 sudah ada skripnya dan bakal menyusul. Namun, bagaimana filem ketiga akan bermula menjadi persoalan apabila watak Ustaz Adam sudah pun meninggal dunia di akhir filem Munafik 2. 

Jangan risau, Syamsul Yusof sudah memberi gambaran bahawa Ustaz Adam tidak meninggal dunia tetapi hanya koma sahaja. Jadi, Ustaz Adam akan terus hidup untuk memberikan kisah seterusnya sekaligus melengkapkan trilogi Munafik yang dicitakan oleh Syamsul Yusof sendiri. Syamsul menjawab tentang ini di laman Twitter apabila ditanya seorang peminat. 


Nampaknya, Munafik 3 akan jadi lebih hebat dan gempak dari filem kedua. Namun, buat masa ini, Munafik 3 masih kekal sebagai spekulasi. Masih awal untuk kita berbicara tentang Munafik 3. Apapun, layan dulu Munafik 2 di pawagam. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan