Reboot Filem 'Charlie's Angels' Mungkin Akan Tampilkan Lebih Dari Tiga Angels

Filem 'reboot' filem Charlie's Angels mungkin akan mempunyai lebih daripada 3 angels di dalam filem tersebut. Selain Kristen Stewart, filem itu turut menggandingkan Naomi Scott dan Ella Balinska sebagai tiga orang angels. Elizabeth Banks pula akan memainkan watak Bosley selain turut menjadi penulis lakonlayar dan juga pengarah.


Dalam sebuah temubual bersama ComicBook, Kristen Stewart mendedahkan bahawa akan ada jaringan para Angels dalam filem itu yang menjadikan para Angels sebenarnya lebih banyak daripada tiga sahaja. 
 ...there’s a whole network of Angels — it’s not just three — it’s women across the entire globe [that] are connected and helping each other.
Pelakon yang popular dengan filem Twilight itu juga bercakap tentang bagaimana filem ini akan lebih mempunya tona feminisi daripada filem sebelumnya. Filem ini juga akan lebih serius daripada filem sebelumnya. 

Namun, filem reboot Charlie's Angels ini mungkin mendatangkan kerisauan peminat yang mana menggemari versi terdahulu. Terlalu banyak elemen yang diubah daripada versi asal. Namun, di sebalik pengarahan Elizabeth Bank, mungkin Charlie's Angels versi baru ini mampu memberi aura baru kepada tiga hero klasik berkenaan. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan