TRENDING

Ulasan Filem: Time To Hunt (2020)

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Pelakon Ceritakan Pengalaman Rogol Langsuir Dalam Filem 'Langsuir'


Penerbit dan pelakon filem Langsuir, Firdaus Nadxaman tidak menyangka bahawa wataknya yang kecil pada asalnya dikembangkan demi untuk memberikan jalan cerita yang lebih padu. Watak antagonis yang dilakonkan oleh Firdaus Nadxaman juga menjadi antara tarikan filem ini kerana dia perlu merogol watak langsuir yang dilakonkan Hannah Delisha.



Ditemubual oleh MStarOnline, Firdaus Nadxaman menceritakan yang Osman Ali telah meminta kebenarannya untuk membuat adegan-adegan ganas dan mencabar seperti babak rogol. Dan sebagai pelakon, dia tidak kisah untuk menjayakannya.
Sebagai penerbit, pada mulanya saya hanya bersetuju untuk membawa watak kecil dalam Langsuir. Namun Osman Ali bertanya sama ada saya boleh memainkan peranan yang lebih sebagai pelakon.Sebagai seorang yang sukakan cabaran, saya terima kerana ia adalah watak antagonis termasuk adalah aksi rogol.
Langsuir ialah karya terbaru Osman Ali yang terkenal dengan filem hebat seperti Ombak Rindu dan juga Anak Halal. Filem bergenre seram romantik ini bakal menampilkan gandingan Syafiq Kyle dan juga Hannah Delisha yang sebelum ini hanya dilihat di dalam drama tv sahaja. Filem ini akan berada di pawagam pada 20 September 2018.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

Ulasan Filem: Syif Malam Raya (2020)

Aamir Khan Tunaikan Hajat Ibu Nak Jejak Kaki Ke Makkah

Adegan Merokok Dalam 'Hantu Kak Limah' Cacatkan Filem?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

'Wira' Kini Sebahagian Daripada Universe Filem [SPOILER ALERT]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Ulasan Filem: Zero (2018)

Ulasan Filem: Ejen Ali The Movie (2019)