Osman Ali Jelaskan Kenapa Syafiq Kyle Dan Hannah Delisha Jadi Pilihan Untuk 'Langsuir'


Osman Ali kali ini tampil dengan buah tangan terbaru, Langsuir yang mengetengahkan genre romantik seram. Filem yang menggandingkan Hannah Delisha dan juga Syafiq Kyle ini sudah mula ditayangkan di pawagam bermula 20 September 2018.


Jika dilihat filem-filem Osman Ali sebelum ini, Osman Ali kelihatan lebih selesa untuk bekerjasama dengan pelakon yang sebati dengannya seperti Maya Karin, Remy Ishak dan ramai lagi.Namun, untuk Langsuir, Osman Ali memilih untuk menggunakan muka baru dalam filem tersebut.
Selalunya, saya ambik pelakon yang sering bekerjasama dengan saya. Saya sengaja mahu mencuba perkara lain. Saya beri peluang untuk bakat-bakat baru dalam industri ini. Seperti contoh, Hannah Delisha dan Syafiq Kyle, mereka berbakat tetapi tidak mendapat peluang itu. Jadi, tak salah untuk memberi peluang kepada bakat baru. Apabila diberi peluang, mereka akan meneroka dunia lakonan dengan lebih lagi.
Langsuir ialah gandingan kedua Syafiq Kyle dan Hannah Delisha selepas Mencintaimu Mr. Photographer.  Jangan lupa ke pawagam menonton filem seram romantik ini tau!






LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan