Netflix Bakal Terbitkan Siri Adaptasi 'Avatar: The Last Airbender'


Nampaknya, Netflix akan menerbitkan siri adaptasi untuk animasi Avatar: The Last Airbender. Animasi itu sebelum ini pernah diadaptasi ke filem oleh M. Night Shyamalan pada tahun 2010. Namun, filem tersebut gagal mendapat kutipan yang memberansangkan.


Siri adaptasi ini disahkan oleh syarikat See What's Next yang mengumumkan tentang usaha Netflix untuk adaptasi siri animasi itu melalui laman Twitternya.

Satu lagi tweet dari NX dari Netflix juga memberi komen tentang pengumuman itu dengan menambah berita bahawa pencipta asal di sebalik Avatar: The Last Airbender akan terlibat untuk menghasilkan adaptasi itu.
I can confirm that the original creators, Michael Dante DiMartino and Bryan Konietzko, will be back to take on the live action. THIS IS WHAT WE’VE BEEN TRAINING FOR ALL THESE YEARS.
Buat masa ini, tiada lagi maklumat bilakah siri adaptasi ini akan berada di Netflix. Belum ada pelakon yang dipilih dan pelbagai maklumat masih lagi kekal sebagai rahsia dan spekulasi. Semestinya adaptasi ini akan memberi perbandingan dengan filem asalnya yang diterbitkan pada tahun 2010. 

Adaptasi filem animasi gagal untuk mendapat kutipan yang memberansangkan. Sebelum ini, adaptasi Dragoball: Evolution juga gagal untuk mendapat perhatian dari peminat. Sekadar info, The Last Airbender ialah siri animasi yang disiarkan di saluran TV Nickelodeon sekitar tahun 2005 hingga 2008.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan