"Logiknya Mana Ada Orang Mandi Pakai Baju" - Hannah Delisha, Pelakon 'Langsuir'


Hannah Delisha bakal tampil dengan filem terbaru, Langsuir di bawah arahan pengarah Osman Ali. Filem seram romantik yang mana menampilkan kisah cinta antara manusia dan langsuir ini ialah usaha terbaru untuk memperkayakan genre seram di Malaysia. Filem ini turut dibintangi Syafiq Kyle, Firdaus Nadxaman, Julia Farhana dan ramai lagi


Pelakon filem Languir, Hannah Delisha pernah menyatakan kebimbangannya untuk melakonkan aksi berkemban dalam filem Langsuir. Namun, dia akur dengan kehendak watak berkenaan. Hannah Menjelaskan kepada MstarOnline bahawa perbincangan bersama pengarah filem tersebut, Osman Ali diadakan bagi memastikan adegan itu tidak menyentuh sensitiviti penonton.
Sebenarnya saya sudah berbincang dengan pengarah untuk babak berkemban semasa mandi dan ketika hampir menjadi mangsa rogol, jadi kita buat keputusan untuk menutup sedikit bahagian tubuh dengan kain. Memandangkan ketika itu babak sedang mandi, jadi memang kena berkemban dan kalau fikirkan secara logik tak ada orang mandi pakai baju. Wanita zaman dahulu pun mandi berkemban dengan kain!
Filem Langsuir akan berada di pawagam pada 20 September 2018


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan