Kate Beckinsale Sahkan Dia Tidak Akan Kembali Sebagai Selene Dalam Siri Filem 'Underworld'


Para peminat yang mahu melihat Kate Beckinsale kembali melakonkan watak Selene dalam siri filem Underworld kini mungkin kecewa apabila pelakon itu mengumumkan bahawa dia sudah selesai dengan filem berkenaan. Filem Underworld yang mula diterbitkan pada tahun 2003 dan diarahkan oleh Len Wiseman mengisahkan pertembungan dua makhluk dalam satu filem.


Walaupun mendapat reaksi negatif daripada pengkritik, filem Underworld sukses mengaut untung. Filem pertama dalam siri Underworld itu mengaut hampir USD100 juta daripada bajetnya yang hanya USD22 juta. Filem ini juga sekaligus menaikkan nama Kate Beckinsale yang mana menyebabkan pelakon itu kekal dalam francais itu untuk beberapa filem lagi.

Kate Beckinsale tidak muncul dalam prekuel filem Underworld: Rise of the Lycans yang mana menyebabkan kutipan filem itu turun mendadak. Dia kembali dalam filem ketiga, Underworld: Awakening sekaligus menjadikannya filem paling tinggi kutipannya dalam francais tersebut. Malangnya, Underworld: Blood Wars yang diterbitkan tahun 2017 ialah antara filem dengan kutipan terendah dalam francais berkenaan.

Selepas Blood Wars, tiada lagi kedengaran filem baru dalam francais berkenaan akan dibikin. Namun, diberitakan, penerbit memang mahu menerbitkan filem baru dalam francais berkenaan, namun Kate Beckinsale tidak mahu untuk turut serta dalam filem berkenaan lagi. Ketika ditanya oleh Variety dalam satu sesi temubual, dia yakin dengan keputusannya untuk tidak lagi kembali sebagai Selene.
I wouldn’t return. I’ve done plenty of those.
Walaupun Kate Beckinsale tidak mendedahkan sebab kenapa dia tidak mahu kembali, nampak jelas seperti dia sudah penat untuk melakonkan watak itu. Dengan gagalnya filem Blood Wars yang diterbitkan pada tahun 2017, pastinya, Beckinsale rasanya mengetahui nasib filem Underworld sebenarnya sudah tersungkur.

Mungkin juga antara sebab dia tidak mahu kembali untuk siri Underworld baru kerana penceraiannya dengan pengarah filem tersebut, Len Wiseman pada tahun 2016. Kate Beckinsale dan Len Wiseman berkahwin selepas bekerjasama dalam filem pertama, dan mereka bercerai selepas filem Blood Wars selesai penggambaran.

Apapun, Blood Wars masih belum tamat kisahnya. Ada sekuel yang perlu dibikin untuk menutup siri filem ini dengan sempurna. Buat masa ini, projek ini masih tergantung nasibnya.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan