Gareth Evan Batalkan Niat Nak Bikin Filem 'The Raid 3'?


Pengarah filem The Raid, Gareth Evans mendedahkan bahawa The Raid 3 mungkin tidak akan dibikin lagi. Gareth Evans kini sibuk dengan promosi filem terbarunya, Apostle yang bakal ditayangkan di Netflix pada Oktober 2018. Seperti mana yang sedia tahu, Gareth Evans memulakan langkah pertamanya sebagai pengarah melalui filem aksi persilatan, Merantau. Namun, The Raid memperkenalkan dirinya kepada dunia.


Ketika bercakap kepada Slash Film dalam satu temubual, Gareth Evans mengakui The Raids ialah antara filem yang hebat yang dibikinnya. Namun, dia tidak mahu terus membikin siri filem itu sahaja selamanya. Dalam temubual itu, Gareth Evans berkata:
And the more time has gone on from that, the less interested I’ve been to go back there. What we did with The Raid 2, we kinda close that off nicely, so it didn’t really appeal to me to jump back into that world again.
Nampaknya, seperti Gareth Evans sudah tidak berminat untuk meneruskan filem tersebut walaupun ianya sebuah francais yang box office. The Raid juga memperkenalkan Iko Uwais kepada khalayak dunia sekaligus memberi peluang kepadanya untuk berlakon dalam filem Hollywood seperti Mile 22. The Raid juga ialah tuah kepada Joe Taslim yang turut terlibat dalam filem berkenaan dan kemudiannya berlakon dalam Fast & Furious 6. 

Berita ini sedikit mengecewakan peminat filem Indonesia. Namun, kita masih berharap akan ada pengarah lain akan ambil alih The Raid 3 jika ianya dibikin. Persoalannya di sini, jika Gareth Evans tidak berada di kerusi pengarah, adakah The Raid 3 akan menjadi setanding filem sebelumnya?


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan