Filem Reboot 'Charlie's Angels' Ada Lebih Dari Satu Watak Bosley, Patrick Stewart Salah Satunya


Filem reboot Charlie's Angels akan menampilkan watak Boseley yang pelbagai dengan watak Patrick Stewart dan Elizabeth Banks antara pelakon yang akan memainkan watak tersebut. Sebelum ini, pelakon yang turut serta dalam filem ini, Kristen Stewart menejlaskan bahawa Charlie's Angels akan lebih global dengan menjadikan Townsend Agency sebagai perkhidmatan keselamatan yang merekrut ramai pasukan Angels sekaligus menjadikan watak Boseley lebih ramai.



Watak Bosely pada asalnya ialah watak yang benar-benar wujud. Nama sebenarnya ialah John Bosely yang dilakonkan oleh David Doyle yang muncul pada siri TV Charlie's Angels pada tahun 1976 hingga 1981. Semenjak itu, nama Boseley menjadi satu codename kepada pengendali para Angels yang menjadi wakil kepada bos Townsend Agency, Charlie. 

Dalam filem adaptasi filem Charlie's Angels oleh McG pada tahun 2000, Bill Murray memainkan watak John Boseley. Dalam sekuel Charlie's Angels pada tahun 2003, Bernie Mac ambil alih watak itu sebagai Jimmy Boseley. 

The Hollywood Reporter mengesahkan bahawa Patrick Stewart akan memainkan watak Bosely dalam reboot Charlie's Angels di samping Elizabeth Banks yang turut mengarah dan melakonkan watak yang sama. 

Maka, semestinya filem reboot Charlie's Angels ini akan memberikan persepsi berbeza terhadap watak Boseley dalam era baru filem Charlie's Angels. Charlie's Angels versi reboot ini akan diarahkan oleh Elizabeth Banks. Kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan hal ini nanti.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan