TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Endhiran (2010), Perjalanan Panjang Sebuah Karya Box Office Superstar Rajinikanth


Sempena terbitnya teaser trailer filem 2.0 yang merupakan sekuel kepada Endhiran, jom kita throwback perjalanan karya ini sebelum ianya menjadi sebuah filem box office!

Alkisahnya begini, toyyiiiiiib!


Selepas kejayaan filem pertama S. Shankar dalam arena Hindi, Nayak (2001), pengarah itu mengumumkan projek terbarunya, Robot yang mana menggandingkan pelakon Kamal Hassan dan Preity Zinta.

Filem itu dikatakan akan bertemakan futuristik techno-thriller yang berlatarkan Chennai pada tahun 2200 atau 3000 AD. Selepas sesi photoshoot antara pelakon dijalankan, masalah terjadi apabila Kamal Hassan mempunyai jadual padat untuk terlibat dalam filem berkenaan. Disebabkan itu, filem ini ditanggungkan. S. Shankar lalu muncul dengan filem Boys (2003).

Shankar tidak berputus asa. Selepas filem Boys, dia dilaporkan sedang mencipta sebuah filem yang digubah semula daripada skrip Robot. Namun, filem tersebut didedahkan sebagai Anniyan (2005) dan bukannya Robot.

Selepas Sivaji (2007) diterbitkan, Shankar mendatangi Shah Rukh Khan untuk tawarkan watak utama dalam filem Robot. Shah Rukh Khan bersetuju untuk terbitkannya di bawah produksinya, Red Chillies Entertainment. Namun, perbezaan pendapat membuatkan projek itu dibatalkan.

Projek itu kemudian kembali dinilai pada 2008 apabila Eros International dan sebuah produksi dari London sudi untuk menerbitkan filem ini. Pihak kerajaan Tamil Nadu sudah luluskan pengecualian cukai terhadap aktiviti penggambaran filem tersebut jika ianya ditukar tajuk ke dalam bahasa Tamil. Lalu, tajuk Endhiran pun muncul.

Sujatha Rangarajan diberi tugas menulis dialog filem namun meninggal dunia sebelum siap tugasnya. Madhan Karky mengambil tugasnya pada Februari 2008. Pada Disember 2008,Eros International tarik diri dari menerbitkan filem itu selepas kegagalan dua filem terbitannya, Drona (2008) dan Yuvvraaj (2008) yang membawa kepada krisis kewangan.

Disebabkan kini, tinggal hanya produksi London, Ayngaran International sahaja yang memegang hak penerbitan, maka hak penerbitan filem ni dijual kepada Sun Pictures kerana mereka juga sedang bergelut dengan krisis kewangan.

Rajinikanth menerima tawaran Shankar untuk terlibat dengan filem Endhiran dengan bayaran IR 450 juta. Shankar lalu mengolah skrip untuk menyesuaikan watak utama filem itu dengan gaya lakonan Rajinikanth.

Shankar memberikan tiga storyline kepada Rajinikanth sebelum pelakon itu menerima tawaran. Rajinikanth kagum dengan dua storyline yang ditawarkan. Dua storyline itu kini menjadi filem superhit Shankar bersama Rajinikanth iaitu Sivaji dan Enthiran. Idea ketiga yang ditolak Rajinikanth kini menjadi filem bertajuk I (2005).

Aishwarya Rai memang menjadi pilihan semenjak dari tahun 2001 lagi. Namun, ketika itu, Aishwarya Rai sibuk dan Shankar menggantikannya dengan Preity Zinta. Selepas beberapa kali tertangguh, akhirnya Aishwarya Rai bersetuju terlibat dengan filem Endhiran dan dia dibayar IR60 juta. Antara pelakon lain yang nyaris terlibat dalam filem itu ialah Priyanka Chopra, Deepika Padukone dan Suriya Saran. Suara watak Aishwarya Rai untuk dialog Tamil didubbing menggunakan suara Savitha Reddy.

Amitabh Bachchan, J. D. Chakravarthy, Sathyaraj dan juga aktor British, Ben Kingsley antara yang menjadi calon untuk pegang watak Professor Bohra. Namun, akhirnya watak itu jatuh ke tangan Danny Denzongpa sekaligus menjadi filem Tamil pertama lakonannya. Suaranya pula menggunakan suara Kadhir.

Watak Chitti pula dibuat berdasarkan figura aksi G. I. Joe. Rekaan Chitti versi jahat mempunyai rambut cacak dan matanya berwarna coklat. Chitti versi baik pula mempunyai mata berwarna hijau.

Itulah serba sikit pasal filem Endhiran, pemula kepada filem dengan VFX menggila lakonan Rajinikanth. Jangan lupa, dah baca tu, SHARE dan TAG rakan korang tau.

Sumber: Wikipedia


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Dwayne Johnson Serang Tyrese Gibson Gara-gara Kutipan 'Hobbs & Shaw'

Denzel Washington Bakal Mainkan Watak Magneto Versi MCU

'Guardians of the Galaxy Vol 3' Ialah Filem Terakhir James Gunn Watak GOTG

Iko Uwais Bakal Sertai Filem Spin-off G.I Joe 'Snake Eye' Sebagai Hard Master

Sony Tawarkan Perjanjian 30% Bagi Disney Untuk Watak Spider-man dan Venom Dalam MCU

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Syamsul Yusof Dedah Nasib Ustaz Adam Di Akhir Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]