Djimon Hounsou Bakal Jadi Bosley Ketiga Dalam Filem Reboot 'Charlie's Angels'



Pelaon Djimon Hounsou kini menjadi pelakon ketiga yang bakal memegang watak Bosley selepas Elizabeth Banks dan Patrick Stewart. Adaptasi Charlie's Angels terbaru ini bakal memberikan dunia Charlie's Angels yang lebih baru dan segar dengan memberikan ruang lingkup yang lebih luas terhadap dunia perisikan tersebut.


Watak Bosley diubah suai dengan menjadikannya bukan sekadar seorang, tetapi lebih daripadanya. Pengembangan dunia Townsend Academy yang merekrut ahli Charlie's Angels ini pasti menimbulkan pelbagai reaksi dari peminat. Ini sekaligus menjadikan Charlie's Angels bukan hanya tiga orang seperti yang diketahui, tetapi lebih banyak daripada itu.

Perkara ini telah disahkan oleh Variety yang melaporkan berita berkenaan. Djimon Hounsou sebelum ini terlibat di dalam filem Guardians of the Galaxy sebagai Korath bakal juga terlibat dalam filem Captain Marvel, Aquaman dan juga Shazam!



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan