Disney Bakal Terbitkan Siri TV Untuk Watak Loki Dan Scarlet Witch


Disney bakal hasilkan siri televisyen untuk watak Loki dan Scarlet Witch, menurut Variety. Buat masa ini, maklumat tentang projek ini masih lagi disembunyikan. Namun, ada desas desus menyatakan bahawa watak Loki dan Scarlet Witch pada asalnya dirancang untuk mendapat filem solo masing-masing.


Menurut sumber, setiap siri akan mengandungi enam ke lapan episod. Marvel Studios akan menerbitkan siri ini dan Kevin Feige akan bertanggungjawab untuk membangunkan drama bersiri ini.

Buat masa ini, siri TV yang berkait dengan Marvel Cinematic Universe sudah disiarkan di ABC dan juga Netflix. Namun, setelah Disney mempunyai aplikasi penstrimannya yang tersendiri, pastinya Disney akan lebih rancak untuk mengembangkan universe MCU dengan pelbagai spin-off.

Scarlet Witch ialah antara watak yang kecil tetapi menjadi kegemaran peminat. Dengan fasa baru Marvel Cinematic Universe yang sudah mula memperkenalkan watak superhero wanita, ianya adalah masa yang sesuai untuk watak Scarlet Witch menyerlah. Tidak kurang juga dengan Loki yang mempunyai kisah dan penggemarnya yang tersendiri. 









LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan