TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

"Aksi Menyelam, Terjunan & Babak Lasak Jadi Tarikan Utama Filem PASKAL The Movie" - Laksamana Pertama Anuar Alias


Paskal, sebuah filem yang bakal mengetengahkan Pasukan Khas Laut Tentera Laut Diraja Malaysia bakal memberikan kepuasannya yang tersendiri. Filem yang dibintangi Hairul Azreen ini diadaptasi daripada kisah benar.



Panglima Pasukan Khas Laut Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Pertama Anuar Alias menjadi inspirasi kepada watak Laksamana Komanter Arman Anwar yang dilakonkan oleh Hairul Azreen dalam filem ini. Bercakap kepada Astro Gempak ketika ditemui di Majlis Tayangan Perdana Filem Paskal di Golden Screen Cinemas (GSC), Mid Valley , dia menyatakan kekagumannya dan bangga dengan filem ini.
Saya berasa bangga menonton filem ini, teknik penghasilannya sangat mengagumkan. Saya juga berpendapat, aksi menyelam, terjunan (payung terjun) dan beberapa aksi lasak yang dipaparkan mampu menjadi tarikan utama filem ini.
Paskal ialah sebuah filem yang mengisahkan kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL) dalam Misi pengaman PBB di Angola pada 1998 dan juga misi merampas kembali kapal dagang MT Bunga Laurel yang dirampas oleh Lanun Somalia di Teluk Aden pada tahun 2011.

Filem hebat ini turut dibintangi pelakon lain seperti Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

Paskal akan berada di pawagam pada 27 September 2018


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Lagu Tema Ejen Ali The Movie 'Bukalah Matamu' Ciplak Muzik Luar?

Ulasan Filem: Geran (2019)

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Membedah 5 Lagu Dari Filem 'Hantu Kak Limah' [SPOILER ALERT]

Huraian Babak Post-Kredit Filem 'Geran' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Between Two Ferns The Movie (2019)