TRENDING

Kod Netflix Untuk Setiap Genre

SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Ringkas Setiap Episod Siri 'KL Gangster: Underworld' [SPOILER ALERT]

KL Gangster: Underworld kini sudah boleh ditonton di laman penstriman iFlix. Tak perlu bayar ok! Hanya perlud download aplikasi iFlix dan kemudian daftar dengan menggunakan Facebook anda, korang boleh terus layan siri enam episod ini dengan tenang. Pilihan sarikata Bahasa Melayu disediakan dan kualiti visual ialah dalam High Definition.


Kami sudah menonton enam episod KL Gangster: Underworld. Boleh kami katakan yang kerancakan siri ini bermula pada episod 3 dan seterusnya. Pada kami, KL Gangster: Underworld membuka ruang baru untuk francais KL Gangster berkembang, kali ini dengan dunia baru, dan kisah baru. 

Berikut ialah ulasan kami secara ringkas. Ambil tahu bahawa post ini mengandungi SPOILER!

EPISOD 1: Masa Yang Sesuai

Episod pertama KL Gangster: Underworld ini mengisahkan bagaimana Shah (Beto Kushairy) dari Geng Kampung Baru, dan Elina (Ezzaty Abdullah), mak ayam Geng Cheras yang bercinta dalam rahsia.

Walaupun mereka berahsia, Ayah Zan (Hasnul Rahmat) sudah tahu hubungan Elina dan Shah sudah lama. Ayah Zan merestui hubungan mereka. Satu masalahnya ialah nak melepaskan Elina dari Tauke (Azhan Rani), ketua Kumpulan Cheras.

Tauke ok untuk lepaskan Elina untuk bersama Shah. Namun, Tauke minta Shah langsaikan misi mengambil kontena Tauke yang dicuri. Misi ini membawa kepada sebuah kejutan yang tidak pernah diduga Shah.

Episod pertama ini tidaklah ganas mana. Cuma ada beberapa adegan yang agak explicit seperti tunjuk f sign, dan juga dialog dialog tanpa tapis yang berani.

So far, aku kurang gemarkan koreografi aksi. But, lakonan Beto Kushairy sebagai Shah memang terbaik. Azhan Rani pun boleh dikatakan unik.

Episod satu ni lebih kepada pengenalan lah. Lirik lagu pun siap ada perkataan 'fuck' yang disembunyikan. Jika kau dengarlah. Tapi, mungkin kau takkan dengar jika kau suci.

Apapun, siri ni memang dark, sexy, ganas dan berani.

EPISOD 2: Akibat Kemanusiaan

Episod dua berkisar selepas Shah dan Belut (Amirul Effendi) menemui beberapa wanita Siam di dalam kontena Tauke. Shah melaporkan hal ini kepada Ayah Zan dan mencetuskan masalah baru apabila Shah menyimpan wanita wanita Siam ini di sebuah gudang.

Masalah ini lalu mencetuskan perbincangan dengan Ketua Keluarga Cheras, Madam Wong (Dynas Mokhtar). Selepas perjanjian antara Ayah Zan dimeterai dengan Tauke, Shah lalu membawa Tauke dan Ayah Zan kepada wanita wanita Siam yang diseludup.

Malangnya, sesuatu terjadi kepada 'barang-barang' Tauke. Dan hubungan Tauke dan Ayah Zan kian retak gara-gara Shah sehingga memaksa untuk perbincangan peringkat atasan.

Pada masa sama, Shameen (Nabila Huda) sedang menyiasat satu kes homicid dan kini bertembung dengan dunia abangnya, Shah. Shireen dan Shah, kembar berlainan jantina kini di ambang masalah besar!

Plot twistnya ok. Tapi entah kenapa, plotnya dah makin meleret dan tak berapa nak menarik. So far aku boleh teruskan penontonan lagi. Tapi, I really hope that Episod 3 akan lebih menarik.

Mula annoyed dengan teknik pengenalan karakter tu. Semua karakter nak diperkenalkan dengan cara begitu. Perlu ke?

EPISOD 3: Kompromi

Episod 3 ni boleh dikatakan episod penting yang menjawab beberapa persoalan dari dua episod sebelum ni. Kebanyakan episod ni berlaku dalam majlis mesyuarat ketua keluarga yang dihadiri Ketua Keluarga Kampung Baru, Ketua Geng Salak South dan Ketua Keluarga Seputeh, Madam Wong, Tauke dan Ayah Zan.

Perbincangan menjurus kepada tragedi dalam Episod 2. Episod 3 ini membuka kejutan yang tidak dijangka dan memperlihat siapakah dalang sebenar di sebalik matinya wanita wanita Siam milik tauke.

Selain itu, episod ini juga establish background Shah dan Shireen dengan lebih dalam dan melihat bagaimana permulaan kisah cinta Shah dan juga Elina.

Episod 3 ni dah makin best. The twist dan minda Tauke bergabung. Sebuah permainan baru bermula. Perang bakal tercetus.

Cuma tak faham, camne sniper tembak kena target, tapi kaca tingkap tak pecah? Peluru tu masuk kot mana?

EPISOD 4: Bunyikan Semboyan

Episod 4 ini akhirnya membawa kepada perang yang bakal tercetus. Tauke nampaknya sudah mula pasang perangkap untuk rampas takhta Kampung Baru. Sebuah tragedi mencetuskan persediaan untuk sebuah perang.

Dan kita juga akan menyaksikan pihak pihak keluarga lain akan menyebelahi Tauke atau Ayah Zan.

Episod 4 ini lebih kepada hubungan Shameen dan Ayah Zan dan misi Shah untuk mencari Belut yang hilang dalam Episod 1. Selain itu, kita juga akan dipaparkan dengan persediaan berperang antara gengster.

Boleh dikatakan episod ini berjaya untuk memberikan rentaknya yang tersendiri. Dan paling mencengkam ialah babak babak ngeri dan tidak terjangka akan ada seperti budak kena letup kereta, perempuan kena letup, kena gilis kereta dan juga kepala kena parang.

Episod ni boleh dikatakan paling ngeri dan sadis dan harapnya, momentum sadis dan kejam ni diteruskan dalam Episod 5.

Tauke makin mengganas. Demi untuk menjalankan perancangan jahatnya, dia kini mula membunuh ketua ketua kawasan. Sementara itu, Belut dah ditemui dan menjadi kunci penting kepada peperangan yang bakal berlaku.

Perperangan gangster ini juga kini dah melihatkan ramai pihak, dan persediaan kepada kemuncak kini sudah tiba.

Episod 5 kali ini ialah paparan yang akan lead kepada final battle. Banyak adegan tak dijangka berlaku dalam Episod ni. Malah, kita juga akan didedahkan tentang background silam Ayah Zan dan Madam Wong.

Ringkasnya, Episod 5 ni separuh dari kemuncak siri ni. Selebihnya, Episod 6 yang huraikan segalanya.

EPISOD 6: Tick Tock

Episod 6 ialah finale kepada arc kisah Tauke. Episod ini bermula dengan perang yang di anang. Tauke menjadikan Elina sebagai umpan, selepas dia menembak anak buahnya sendiri dalam Episod 5.

Malah, Shameen juga kini dalam misinya yang tersendiri untuk balas dendam terhadap kematian ayahnya dan juga adik angkatnya. Namun, walaupun perang sudah tamat, ada lagi sisa yang tinggal. Plot twist? Saksikan sendiri.

Episod last ni memang epik. Walaupun fight scene dia memang hampeh, better lagi yang filem, plot dia menarik. Siapa mati, siapa kena tembak, memang mengejutkan dan tak disangka.

Tapi, yang pelik tu, Ayah Zan kena tembak 3 kali, tak mampus lagi. Sempat juga nazak beberapa hari. Aduhai, Hindustani sungguh.

Kesimpulannya, KL Gangster: Underworld ni memang takkan habis di sini. Ada beberapa scene yang sengaja digantungkan, dibiarkan teka tekinya mungkin untuk membuka kisah baru dalam lembaran Musim 2 nanti, jika ada.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Kod Netflix Untuk Setiap Genre

Ulasan Filem: 365 Days (2020)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

Gambar Pelakon Daniella Sya Dalam 'KL Gangster: Underworld'

Bagaimana Menonton Netflix Di Laptop/ PC Tanpa Menggunakan Pelayar Internet