Ulasan Filem: Mission Impossible - Fallout (2018)


Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Christopher McQuarrie
Pelakon | Tom Cruise, Simon Pegg, Rebecca Ferguson, Henry Cavill 

Pertama sekali, aku ingin katakan yang aku rasa siri filem Mission Impossible takkan berkubur. Dari filem pertamanya pada 1996 sehingga yang terbaru, filem ni makin hebat dan berterusan meninggalkan jejaknya untuk penonton nikmati. Mission Impossible: Fallout ialah bukti bahawa francais ni makin hari makin baik!

Filem Mission Impossible: Fallout ialah satu fasa dimana team Ethan Hunt sedang mengalami evolusinya yang tersendiri. Kelihatan bahawa filem ni antara permulaan kepada peralihan watak watak, untuk francais ini terus kekal. Ada watak yang in, dan ada watak yang akan out. Namun begitu, team masih gempak.

Fallout mengambil tempat dua tahun selepas event filem Rogue Nation. Kali ini, misi Ethan yang memerlukan dia mendapatkan tiga biji plutonium berbahaya berakhir dengan kegagalan apabila Ethan tidak mahu pertaruhkan nyawa rakannya, Luther. Ethan dan pasukannya dibantu Walker, seorang ejen CIA yang agak berlawanan karakter dengan Ethan.

Bermula dari situ, filem ni memaparkan pelbagai usaha Ethan dalam gaya Mission Impossible yang biasa kita tonton untuk menghabiskan misi yang sebenarnya boleh diselesaikan dalam masa yang singkat. Pengkhianatan, persahabatan dan cinta lalu teruji.

Filem kali ni boleh disifatkan sebagai sebuah upgrade dari Rogue Nation. Dengan kesinambungan terus dari situ, Fallout tidak perlu menunggu lama untuk menjadi sebuah filem yang padat dengan aksi dan twist.

Memang tak dinafikan, Fallout memang menjanjikan elemen aksi yang non stop. Ada pelbagai aksi yang dipaparkan dalam filem ni yang cukup membuatkan aku terhibur dan puas hati. Paparan pergaduhan fist to fist yang hebat, aksi kejar motor yang power dan adegan helikopter yang intense, you name it, they all have it.

Selain aksi, Mission Impossible 6 ini mengembalikan watak yang sudah lama ditinggalkan semenjak dari Mission Impossible 3 arahan J.J. Abrams. Dan ianya sekaligus melengkapkan dunia karakter Ethan Hunt yang penuh dengan kehidupan spy nya. Teringat bagaimana misi Ethan menjadi lebih personal dalam Mission Impossible 3 dulu.

Aku memang terpesona habis dengan ketegangan aksi dalam filem ni. Antara yang hebat ialah adegan kejar mengejar helikopter yang menjadi finale filem ni. Adegan seperti itu memang jarang kita lihat dalam filem Hollywood masa kini. Filem era 90's selalu ada babak sebegini tetapi, di era serba canggih ni, adegan tu awesome.

Well, Tom Cruise nampaknya masih sado, sihat dan kuat untuk mempersembahkan aksi yang sentiasa menjadi tarikan. Kebanyakan adegan berlari sememangnya membuktikan yang aktor ni serius dalam menghasilkan filem ini. Dan mengetahui bahawa aktor itu melakukannya sendiri dan mencabar fizikalnya menjadikan babak aksi filem ni nikmat untuk ditonton.

Henry Cavill tidak dinafikan menjadi muka baru yang memberi rasa berbeza kepada entry filem ni. Lakonannya kontra dengan watak Ethan Hunt dan sekaligus membina persoalan adakah tindakan Ethan betul kesemuanya?

Antara aspek yang aku gemari tentang filem ni juga ialah skor muziknya. Kita diberi peluang untuk mendengar setiap tumbukan, tembakan dan juga sebarang bunyi yang ada dengan muzik yang minimal. Setiap bunyi tumbukan dan aksi membuatkan kita seperti berada di situ.

Filem ni membawa aku meneroka aspek emosi beberapa watak kecil yang mana seringkali dijadikan lelucon dalam filem filem terdahulu. Dan ianya formula yang bagus untuk menarik simpati penonton yang menonton filem ni sejak dari dahulu.

Secara peribadi, aku lebih menggemari jika jenaka Simon Pegg lebih seperti Ghost Protocol. Jenaka Simon Pegg antara faktor x yang menjadikan filem ni ringan. Tetapi iyalah, bila Brad Bird pass pengarahan kepada Christopher McQuarrie untuk ambil alih, tona lawak Simon Pegg dan luntur. Gonna miss it.

Oh, satu lagi, beberapa scene dalam trailer tiada dalam filem ni terutamanya scene helikopter dalam hutan yang menjadi antara lakonan pertama Tom Cruise selepas kembali dari rehat dek kaki yang tercedera. Mungkin scene itu agak tidak logik untuk berlaku di Kashmir sekaligus membuatkan ianya dibuang dari filem asal.

Memang filem ni dipenuhi dengan twist dan aku boleh sifatkan filem ni antara yang terbaik dalam entry Mission Impossible selepas filem Ghost Protocol. Yup. Ianya serius, dan yang paling penting penuh twist dan aksi. Sebuah upgrade yang menjadi. But gonna miss jenaka filem Ghost Protocol.

Catat Ulasan

0 Ulasan