Ulasan Filem: Blok 404 (2018)


Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Isma
Pelakon | Zamarul Hisham, Raja Azrey, Boy Iman, Nur Risteena, Amar Ashraf

Blok 404 yang diterbitkan ni memang tak lekang dengan isu. Tapi, orang cakap, macam mana kita nak nilai filem tu tak best kalau dengar orang cakap. We need to taste it, then baru boleh sedap nak komen.

Selepas menonton filem ni di saluran Astro First 492, aku boleh katakan filem ni adalah satu satunya filem yang berjaya menipu Lembaga Penapisan untuk membenarkan tayangan filem ni. Awesome!

Memang selama ini, genre slasher sebegini sukar untuk lepas tayangan kerana ianya memaparkan unsur bunuh membunuh dan juga adegan darah yang banyak. Tetapi, Blok 404 berjaya melepasi ujian itu dan menampakkan filem ni di pawagam.

Abaikan kontroversi, aku mahu katakan yang filem ni antara naskah yang baik. Upgrade version daripada filem VCD asal. Nampaknya formula untuk lari dari format lama nampaknya menjadi. Ianya satu naskah yang cerdik dan unik.

Aku tertarik dengan persembahan plotnya. Di awal filem, pada pembunuhan pertama lagi, kita dipaparkan dengan pembunuh pertama. Ya, seawal pembukaan filem pun kita dah tahu pasal siapa pembunuhnya. Tidak seperti filem asal yang mana mengungkap pembunuh di akhir filem.

Tapi, jangan disangka bila kita tahu pembunuhnya siapa, itu bermakna kita tahu semuanya. Ada banyak lagi kejutan demi kejutan yang disimpan untuk buatkan kau terus layan filem ni.

Aku tertarik dengan bagaimana filem mahu mengekalkan momentum kisahnya. Confirm bila dah tahu pasal pembunuh tu, mesti kisahnya hanyalah nak tahu macam mana watak lain akan mati. Patutnya, ianya akan jadi boring. Tapi, seriously, kau akan tetap layan dan nak tahu siapa yang survive. Guess what, ending dia mengejutkan.

Ya, walaupun orang kata tak best. Aku berkata sebaliknya. Filem ni apabila makin ke penamat, ianya mengingatkan aku kepada The Texas Chainsaw Massacre, yang mana mungkin menjadi inspirasi kepada plot sebegini. Ini mungkin filem Malaysia pertama yang menyanjung antagonis dan menyampaikan falsafah dengan memenangkan mereka.

Keseluruhannya, apa yang menjadi rahsia besar filem ni ialah bukanlah siapa pembunuh, bukanlah siapa yang mati. Rahsia besar yang menjadi faktor X filem ni ialah kejutan yang tersimpan. Terbaik!

Filem ni banyak menunjukkan kekejaman di luar kamera. Maknanya, tak banyak adegan ngeri yang dapat dilihat. Kita hanya dengar bunyi kerat kerat, dan percikan darah. Tetapi perbuatan itu tidak dapat dilihat. Sekaligus mungkin ini menyebabkan filem ni lepas LPF. Namun, mengimaginasikan sebenarnya lebih menyeksakan dari memerhatikan.

Lakonan Boy Iman sucks! That is one of the worst actor dalam filem ni. Andrea Abdullah pun gedik melampau. I hate it. Wataknya gagal diserlahkan but oklah untuk penuhkan cerita. The rest, semuanya biasa biasa. Cuma aku gemari lakonan Raja Azrey. Lakonannya mengingatkan aku kembali ke zaman 90an. Antara lakonan yang menyerlah dalam filem ni. Mantap!

Filem ni berani memparodikan beberapa isu DBI sendiri. It is kind of unique bila orang yang bikin isu, cuba main api dengan isu yang dibina. Dan kesemua tema filem ni, seperti sindiran kepada semua yang dialami oleh DBI.

Filem ni ada kualiti. Aku sukai jika adanya sekuel. Rasanya jika isu DBI tidak menjadi kontroversi, filem ni boleh lah lepasi kutipan RM1 juta dan ke atas.

A good slasher untuk industri Malaysia. Aku tulis review ni berdasarkan pengalaman menonton dan tidak dibayar. Jujurnya, filem ni ohsem. Filem ni boleh membuka lembaran baru kepada genre slasher di Malaysia. Genre aksi dah bertapak kemas, dan sekarang Blok 404 membawa genre slasher ke sini.

Hidup filem slasher! Moga kita akan ada watak seperti Dara dari Indonesia, dan Jason Voorhees dari Hollywood!

Terbaik!

Catat Ulasan

0 Ulasan