Syafiq Yusof Berhasrat Mahu Cantas Kutipan 'Hantu Kak Limah' Melalui 'Abang Long Fadil 3'

Pengarah filem Abang Long Fadil 2, Syafiq Yusof menzahirkan ucapan tahniah apabila Hantu Kak Limah berjaya memintas rekod yang selama ini dipegang oleh filem lakonan Zizan Razak itu. Melalui satu status di Twitter, pengarah muda yang juga merupakan anak kepada Yusof Haslam tidak lupa menyatakan semangatnya untuk memintas kutipan tersebut untuk Abang Long Fadil 3.
Kejayaan yang dimiliki Hantu Kak Limah membuktikan bahawa peminat filem tetap akan menyokong filem tempatan jika sesuatu filem itu mempunyai kualiti. Justeru, persaingan antara filem-filem besar sebegini mungkin sudah memberi sedikit gambaran terhadap apa yang para penggemar filem Malaysia mahukan.


Abang Long Fadil sebelum ini mengutip sebanyak RM19.04 juta sepanjang tayangan yang berlangsung selama 28 hari. Hantu Kak Limah pula mencatat kutipan melebihi RM20 juta hanya dalam masa 11 hari menjadikannya filem Malaysia yang mencatat pelbagai rekod baru untuk filem tempatan.





LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan