TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Salman Khan Akan Buat Transformasi Badan Untuk Lakonkan Dua Watak Dalam 'Dabangg 3'


Pelakon Salman Khan sekarang sudah bersedia untuk filem Dabangg 3 selepas siap menjalani penggambaran filem Bharat. Filmfare menyatakan bahawa pelakon ini melakukan perubahan bentuk badan untuk wataknya dalam filem Bharat. Dan sumber itu juga menyatakan bahawa Salman Khan akan memegang dua watak dalam filem Dabangg 3.


Salman Khan akan memegang watak Chulbul Pandey seperti filem terdahulu. Namun, wataknya akan menjadi dua apabila dia terpaksa melakonkan watak Chulbul Pandey muda, dan juga versi dewasa. Salman mungkin akan mengekalkan berat badan susutnya dari filem Bharat untuk melakonkan watak Chulbul Pandey muda.

Selepas itu, Salman Khan akan menaikkan berat badan untuk melakonkan watak Chulbul Pandey dewasa yang mana dikisahkan akan mengahwini Rajjo, watak lakonan Sonakshi Sinha.

Dabanng 3 akan diterbitkan oleh Arbaaz Khan dan bakal dilakonkan juga oleh Sonakshi Sinha dan pelakon baru Ashwami Manjrekar. Setakat ini, watak antagonis untuk filem ini masih lagi belum dikenalpasti pelakonnya.

Comments

Menarik!

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Ulasan Filem: Geran (2019)

Lagu Tema Ejen Ali The Movie 'Bukalah Matamu' Ciplak Muzik Luar?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Munafik 2' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Huraian Babak Post-Kredit Filem 'Geran' [SPOILER ALERT]

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

Membedah 5 Lagu Dari Filem 'Hantu Kak Limah' [SPOILER ALERT]