'Rise: Ini Kalilah' Bakal Papar Suasana Pilihan Raya Umum Ke 14


Pilihan Raya Umum ke 14 sudah pun berakhir. Walaupun baru beberapa bulan ianya berakhir, sebuah filem yang berkisar tentang peristiwa bersejarah ini sudah siap dan bakal ditayangkan kepada umum sempena Hari Malaysia tahun ini.


Filem yang diberi tajuk 'Rise: Ini Kalilah bertemakan perpaduan dan diinspirasikan daripada pilihan raya yang mengubah landskap pentadbiran dan politik Malaysia. Filem yang berdurasi 100 minit ini diinspirasikan daripada kisah-kisah rakyat Malaysia yang turun mengundi pada hari berkenaan.

Menurut pengarah Saw Teong Hin, Rise: Ini Kalilah mengisahkan enam watak daripada latar belakang bangsa yang berbeza. Antara cabaran utama untuk menghasilkan filem ini ialah untuk menghasilkan filem dalam masa yang singkat.

Selain Saw Teong Hin, filem Rise: Ini Kalilah diarahkan juga oleh Nik Amir Mustapha dan Prem Nath. Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti Remy Ishak, Mira Filzah, SAnggeta Krishnasamy, Jack Tan, Shashi Tharan dan Jenn Chia.

Remy Ishak melakonkan watak Azman, seorang anggota polis. Mira Filzah pula melakonkan watak gadis yang menetap di London dan tidak sedar kepentingan mengundi pada pilihanraya. Penggambaran filem ini dijalankan di Malaysia, Singapura dan United Kingdom.

Rise: Ini Kalilah akan ditayangkan di saluran WebTVAsia pada 16 September 2018.

Catat Ulasan

0 Ulasan