Peter Berg Hampir Suruh Iko Uwais Bertarung Sambil Berbogel Dalam 'Mile 22'


Filem aksi terbaru lakonan Iko Uwais bersama Mark Wahlberg nampaknya mendapat perhatian ramai. Filem yang diterbitkan oleh STX Films itu akan menampilkan pelakon Indonesia itu dalam role yang lebih utama dan penting. Filem Mile 22 diarahkan oleh Peter Berg yang sebelum ini pernah mengarahkan Lone Survivor (2013) dan Deepwater Horizon (2017).


Dalam sebuah video yang dimuat naik oleh Fandango, Peter Berg menjelaskan tentang sebuah scene pertarungan di hospital yang menjadi antara scene ikonik filem tersebut. Peter Berg menjelaskan bahawa idea untuk menghasilkan pertarungan itu diinspirasikan daripada filem Eastern Promise (2007).

Peter Berg menunjukkan video pertarungan sambil berbogel dalam filem tersebut kepada Iko Uwais dan mahukan sesuatu seperti itu di dalam filem Mile 22. Namun, pertarungan ini akan lebih berfokus dan Iko Uwais hanya mengenakan seluar dalam sahaja.

Keberanian Iko Uwais untuk beraksi dengan hanya berseluar dalam dipuji Mark Wahlberg yang turut berlakon dalam filem ini. Dalam video ini juga, Peter Berg menjelaskan tentang kegemaran Iko Uwais yang gemar menikam lawannya lalu memutarkan objek yang ditikamnya yang masih tertanam di dalam tubuh lawan.


Mile 22 akan berada di pawagam Malaysia pada 23 Ogos 2018.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan