Perkara Penting Yang Mesti Ada Dalam Sesebuah Filem Bollywood


Filem Bollywood memang tak dapat dipisahkan dengan pelbagai perkara yang menjadikannya unik dan tersendiri. Kami nak ceritakan beberapa perkara yang mesti ada dalam filem Bollywood setakat mana yang kitorang tahu. Kalau ada lagi, korang tambah tau. 


1. Dalam setiap filem Bollywood, lagu yang berada di dalam filem (walaupun pada kita kelihatan baru) seperti sebenarnya sudah lama diterbitkan dalam dunia watak filem tersebut. Sebab itulah setiap watak di dalam filem boleh menyanyikan setiap lagu dengan tenang dan rileks je. Siap boleh sambut-sambut lirik dengan tenang. 

2. Setiap hero dan heroin semestinya boleh menari. Kalau tak pandai menari pun, tiba-tiba je diorang akan jadi pandai menari bila sampai part lagu. Malah, orang ramai pun tetiba je akan pandai menari. 

3. Setiap aksi perlu difokuskan. Setiap tumbukan, terutama sekali yang paling last, dimana watak antagonis akan surrender atau mati, ianya akan dislow motionkan, dan kemudiannya akan diikuti dengan paparan reaksi hero yang bengis, mata merah dan geram.

4. Polis selalunya digambarkan sebagai pemakan rasuah, tak buat kerja, dan benci kepada masyarakat umum (makan gaji buta) sehingga memaksa hero menuntut bela terhadap apa yang terjadi. Tapi, ada juga filem yang gambarkan polis hebat.

5. Kalau filem horror, suasana mesti gelap. Dinding rumah atau bangunan mesti lusuh dan kotor macam kena simbah tahi. 

6. Punchline sememangnya elemen penting. Sebab itu, setiap dialog diorang boleh menusuk kalbu. Setiap ayat memang power. Dan di setiap ayat power, akan ada lagu yang membuatkan kita meremang.

7. Dari dulu sampai sekarang, ada scene lagu filem Bollywood yang dilakonkan di kawasan bersalji dan sejuk. Pasal tukar tempat sana sini tu tak apalah sebab ianya video klip. Standard. Tapi, yang tak boleh tahan, heroin pakai baju nampak pusat. Yang si hero boleh pula pakai bertutup kemas je. Tak sejuk ke heroin tu dalam suasana sejuk tu? 

8. Hero akan diberi lagu-lagu yang romantik, menari-nari dan berpindah randah dari tempat ke tempat. Watak jahat pula akan diberi lagu-lagu yang berentak disko dan menampilkan Sunny Leone, hmmmm... dan lain lain.

9. Hero akan dibelasah sampai hampir nak mati dahulu sebelum hero kembali bersemangat nak belasah antagonis sampai mati. Hebat, kuasa hero Bollywood ni mungkin diserap daripada tumbukan antagonis tadi.

10. Cinta semestinya aspek penting. Cinta akan menjadi motivasi kepada watak hero untuk bertindak.

11. Ibu ialah satu watak yang sentiasa disanjung. Jarang kita tengok filem Bollywood yang menampilkan watak ibu jahat.

12. Watak ayah pula selalunya digambarkan sebagai kaki botol, jika kaya pula, selalunya dia makan rasuah dan tak nak anak-anaknya jadi macam dia. Namun, ada juga watak ayah yang baik. Tapi, watak yang baik ni tak kekal lama. Selalu je akan mati awal. Kan?

13. Adegan seks selalunya dipaparkan dengan hero dan heroin memandang sesama sendiri, lelaki pula akan cium bahu di kiri dan kanan sampai ke sudah. Situ jelah kot kawasan berahi setiap heroin Bollywood. Muahahaha...

14. Adegan seks pula selalunya akan dipaparkan dalam lagu. Dan setiap adegan seks tu, heroin pula tak pernah bogel. Kadang-kadang, heroin akan mengenakan bra seksi dan menutup dadanya dengan kain selimut. Yang pelik, adegan seks, heroin tak pula tanggalkan seluar dalam. Camne tu?? Dan untuk tambahkan mood, scene seks akan ditayangkan dalam slow motion. Dan bunyi perempuan mengerang sekali sekala. Gulp!

15. Untuk adegan ciuman pula, kebanyakan pelakon mega star jarang melakonkan adegan ini, kecuali seorang dua. Selalunya, adegan ciuman pula hanya sebentar dan bukanlah sensual seperti filem Hollywood.

16. Apabila watak merokok dan minum arak, akan ada warning tentang bahaya merokok dan bahaya arak.

17. Kebanyakan filem Bollywood mesti lebih dari 2 jam. Selalunyalah. Jarang ada filem yang di bawah 1 jam 30 minit.

18. Permainan warna memang antara perkara yang penting dalam filem Bollywood. Kalau takde warna wani, memang tu bukan Bollywoodlah.

19. Akan ada satu watak komedi yang akan memberikan komedi slapstik.

20. Kalau kau belajar fizik, maka kau kena buang apa kau belajar tu dan belajar terima fizik versi Bollywood. Setiap aksi dalam filem Bollywood ada fizik mereka tersendiri. Kau diam dan layan je. Jangan persoal. 

21. Bab beri nama, kalau filem romantik, tajuknya memang akan lebih dari satu perkataan. Namakan kalau pandai ok. Kalau filem aksi dan seram pula, kebanyakannya akan menggunakan tajuk bahasa Inggeris yang tak lebih dari 2 patah perkataan. Bunyi tajuk kadang-kadang tak sesuai je dengan filem tu. Tapi itulah hakikatnya. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan