Penggambaran 'Krrish 4' Ditangguhkan Ke Tahun 2021 Kerana Skrip Belum Siap

Rakesh Roshan mendedahkan bahawa sekuel keempat Krrish ditunda ke tahun 2021. Filem itu pada asalnya diumumkan untuk tayangan pada Krismas 2020. Krrish bermula dengan filem pertama Koi Mil Gaya pada tahun 2003. Selepas itu, ianya disusuli dengan Krrish pada tahun 2006 sebelum disusuli dengan Krrish 3 pada tahun 2013.


Penangguhan ini berlaku disebabkan skrip yang masih belum dapat disiapkan. Projek ini dikatakan akan menjalani penggambaran pada tahun 2019 selepas Hrithik Roshan selesai menjalani penggambaran sebuah filem bersama Tiger Shroff. Filem tersebut akan memulakan penggambaran tahun hadapan juga.

Rakesh Roshan mahu memastikan Krrish 4 mempunyai elemen kesan khas yang lebih baik daripada filem sebelum ini. Jadi, selagi tiada bajet yang betul-betul baik dan juga sebuah skrip yang baik, Krrish 4 akan didiamkan buat seketika. Pengarah itu juga mendedahkan bahawa dia akan membuat pengumuman lain apabila semuanya sudah sedia.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan