Pengarah Filem Terkenal Bandingkan Filem 'Hantu Kak Limah' Seperti 'Bujang Lapok'


Filem Hantu Kak Limah seperti filem Bujang Lapok? Itulah komen seorang pengarah filem tempatan yang berkesempatan menonton filem ini lebih awal. Pengarah filem yang dimaksudkan ialah Aziz M Osman yang terkenal dengan filem XX-Ray suatu ketika dahulu. Menurutnya, filem ini mempunyai ciri filem Melayu yang tinggi.



Hantu Kak Limah ialah sekuel ketiga dalam siri filem Hantu Kak Limah. Filem ini membariskan pelakon asal filem Hantu Kak Limah dan juga beberapa tambahan pelakon baru. Filem ini akan berada di pawagam pada 9 Ogos 2019. 

Catat Ulasan

0 Ulasan